PPR Taman Manggis: Air mata kezaliman DAP - pakdin.my

Ada yang menyalahkan mereka kerana langgar peraturan.

Ada yang melayu pertahan kerajaan negeri kononnya dah 5 tahun duduk patut dah beli rumah.

PPR Taman Manggis diluluskan pembinaan 2002 mengunakan peruntukan KPKT dan siap tahun 2006.

Ada macai cakap penghuni ini gagal bayar sejak 1990. Duduk mula 2006 kena bayar start 1990?lucu

Ada yang kata nak jaga 22 orang atau lagi 400 yang sedang tunggu giliran.

Ketua Menteri bagi alasan 400 keluarga sedang menunggu sedangkan kerajaan negeri hari ini sepatutnya sudah membina fasa ke 2 PPR Taman Manggis setinggi 16 tingkat sekaligus menyelesaikan hampir 50% giliran menunggu.

Tetapi apa jadi?

Kerana dendam politik, tanah yang sepatutnya dibina PPR berkenaan telah pun dijual untuk pembinaan Hospital Swasta(sebab tu 400 menunggu)

Bukan kita nak pertahan mereka yang langgar peraturan (manifesto pun boleh tipu) cuma uruskan mereka dengan berperikemanusiaan.

Kerajaan negeri pun gagal menyediakan perumahan mampu milik untuk rakyat beli.

Kalau betul kata ada 400 yang menunggu giliran, hari ini baru buang 22 keluarga.

Jadi Bila agaknya baki yang menunggu hendak masuk ke PPR Taman Manggis jika tiada fasa baru yang dibina atas dasar tanggungjawab kerajaan negeri kepada rakyatnya.

Ada juga yang kata gaji 3k sedangkan kelayakan RM1500 memang patut keluar pun,tapi dia tak tau gaji 3k tapi anak 4-6 orang. Cukup ke?

Kamu tau tak ini di Georgetown. Antara bandar yang mahal selepas JB dan KL. Ada ke lagi rumah bawah 200k di Pusat bandar ini untuk mereka beli? Jangan sedap cakap ikut kepala bapak kamu.

https://pakdin.my/tag/flat-ppr

UTAMAPOLITIKPPR Taman Manggis: Air mata kezaliman DAP

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium