BERITAPOLITIKGolongan LGBT ada hak di Malaysia asalkan tidak amal secara terbuka –...

Golongan LGBT ada hak di Malaysia asalkan tidak amal secara terbuka – Wan Azizah

Komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mempunyai hak berada di Malaysia asalkan gaya hidup mereka tidak diamalkan secara terbuka, kata timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun menasihati golongan minoriti itu tidak menghebahkan kehidupan peribadi mereka selain memahami Islam merupakan “agama rasmi” di Malaysia.

“LGBT mempunyai hak mereka asalkan dilakukan dalam lingkup peribadi,” katanya kepada Malay Mail.

“Islam agama rasmi [Malaysia], di mana kita ada amalan tertentu dan yang sudah termaktub.

“Sebagai seorang Islam, saya mempunyai keutamaan saya mengenai hak mereka sama seperti penganut bukan Islam.”

Ahli parlimen Pandan berkata undang-undang melarang homoseksual dan Seksyen 377A Kanun Keseksaan menjadikan hubungan seksual yang bertentangan sebagai bukti. – MalayMail

Rujukan:
Sumber:-
LGBT ada hak di Malaysia, asal bukan terbuka, kata Dr Wan Azizah

Wan Azizah: LGBT fine as long as kept in private, not ‘glamourised’

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Benarkah nak membantu Tabung Haji? Kenapa ini yang berlaku? di mana sifat amanah?

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami