Mahathir ulangi di Dewan Rakyat, saiz penjawat awam besar, perlu dikurangkan - pakdin.my

Dia yang tak pandai cari duit dan asyik layan projek untuk kroni, saiz penjawat awam yang disalahkan.

Tak banyak yang boleh disamun kerana banyak duit digunakan untuk membayar gaji penjawat awam.

Kerajaan BN yang dituduh penyamun tidak pernah merungut terpaksa bayar gangi penjawat awam RM2 billion sebulan.

…………….

Saiz perkhidmatan awam yang terlalu besar akan meningkatkan perbelanjaan mengurus kerajaan sekali gus mengecilkan peruntukan perbelanjaan pembangunan negara.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata sekiranya jumlah penjawat awam seramai 1.7 juta ketika ini tidak dikawal, kos perbelanjaan mengurus akan mengambil sebahagaian besar belanjawan negara setiap tahun.

“Ini juga menyebabkan pertumbuhan ekonomi perlahan berikutan ketidakmampuan kerajaan berbelanja untuk projek-projek pembangunan yang menjana kesan berganda kepada pertumbuhan ekonomi dan sosial negara,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang ingin tahu rasional cadangan mengurangkan jumlah penjawat awam di negara ini.

Dr Mahathir berkata kerajaan berpendapat jumlah penjawat awam boleh dikurangkan tanpa menjejaskan prestasi penyampaian khidmat, punca pendapatan pegawai yang terlibat dan peluang pekerjaan. 

UTAMAPOLITIKMahathir ulangi di Dewan Rakyat, saiz penjawat awam besar, perlu dikurangkan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium