BERITA Lelaki lepaskan tembakan dalam masjid

[Video] Lelaki lepaskan tembakan dalam masjid

Wellington: Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di dalam sebuah masjid di tengah Christchurch, New Zealand dan dilaporkan beberapa mangsa maut atau cedera, lapor media tempatan.

Media melaporkan, seorang lelaki melepaskan tembakan di dalam sebuah masjid di Hagley Park, Christchurch dan polis juga dikerahkan ke sebuah lagi masjid di Linwood.

Sehingga kini polis tidak mengeluarkan kenyataan sama ada kejadian itu berlaku di dalam masjid atau sekitarnya dan tiada kenyataan rasmi mengenai jumlah korban.


Lihat Video:
https://vimeo.com/324020358

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif eFishery disyaki lakukan penipuan, seleweng dana pelaburan Rp15 bilion

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami