[Video] Dewan Rakyat memperakui penipuan manifesto Pakatan Harapan DAP - pakdin.my

Video sidang Dewan Rakyat di atas dirakam pada 12 Mac 2019.  Daripada rakaman tersebut fokus diberikan pada isu ‘penipuan’ Pakatan Harapan ke atas rakyat.

BN Bera:   Kemenangan BN pada dua PRK baru-baru ini merupakan isyarat yang jelas kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) tentang kegagalan mereka dalam menunaikan manifesto pilihan raya dan seterusnya kegagalan mereka dalam menjaga kebajikan rakyat.Saya pinjam perkataan Tanjung Karang, “penipuan” yang dibuat terhadap rakyat.

PH Padang Serai:  Yang DiPertua, perkataan ‘penipu’ itu kena tarik balik. Kita tak tipu. Tak laksana kita terima, kita tak tipu rakyat. Kita Pakatan Harapan (PH) tak pernah tipu rakyat.

BN Tanjung Karang:  Kalau tak mahu kita cakap penipu, jangan cakap perompak. Perompak belum ada bukti. Penipu sudah terbukti.

PH Padang Serai:  Kita tak pernah tipu rakyat. Kita tak bohong.

BN Tanjung Karang:  Perompkak belum terbukti salah lagi. Penipu sudah terbukti. Kalau tak mahu sebut penipu jangan sebut perompak, boleh?

BN Pontian:  10 Janji 100 hari, mereka tidak laksanakan. Bererti mereka tipulah. 10 janji 100 hari itu tidak boleh kembali (sudah berlalu). 100 hari telah pergi buat selamanya. 100 hari itu sudah pergi selama-lamanya, 100 hari tak akan kembali. Kalau buat pun selepas ini (100 hari sudah berlalu), janji dulu 100 hari, bererti tetap tipu!

BN Bera:  Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang DiPertua kerana membenarkan perkataan ‘penipu’ itu digunakan dalam dewan ini.

Komentar penulis: Agak aneh apabila Ahli Parlimen PH yang lain hanya senyum dan ketawa, tidak pula mahu mempertahankan hujah PH Padang Serai serta membantah hujah-hujah BN Bera, BN Pontian dan BN Tanjung Karang.  Pastinya mereka juga berpendapat sememangnya penipuan PH terhadap rakyat adalah benar.

Berikut pula adalah hujah-hujah daripada Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa untuk membenarkan penipuan yang dilakukan oleh Pakatan Harapan. Video ini dirakam di luar Dewan Rakyat.

UTAMAPOLITIK Dewan Rakyat memperakui penipuan manifesto Pakatan Harapan DAP

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium