Gempa Lombok: Seorang lagi rakyat Malaysia maut, mayat tersepit celah batu

Seorang lagi rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Air Terjun Tiu Kelep Senaru, Lombok, pasca gempa bumi di pulau itu petang semalam.

Menurut agensi berita Indonesia, Antara, mayat mangsa dilaporkan ditemui tersepit dan tertimbus di celah runtuhan batu di kawasan berkenaan oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Memetik Pegawai Hubungan Masyarakat Operasi Mencari dan Menyelamat Mataram, Lombok, Gusti Lanang Wisnuwandana, mayat mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu masih belum dapat dikeluarkan dari kawasan kejadian.

“Ada satu korban lagi yang ditemukan dalam kondisi (keadaan) tersepit batu berukuran besar di sekitar lokasi air terjun Tiu Kelep. Tapi identitasnya (identiti) belum diketahui,” katanya.

Jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, namun masih belum mempunyai maklumat terperinci.

Berdasarkan maklumat terkini itu, tiga terkorban, termasuk dua rakyat Malaysia dalam kejadian gempa bumi yang berlaku di Lombok hari ini yang turut menyebabkan puluhan cedera dan hampir 500 rumah musnah.

Seorang rakyat Malaysia,Timbalan Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew Daily Datin Tai Siew Kim,56,  disahkan terbunuh dalam gempa bumi berukuran lebih 5.0 pada skala Richter di Pulau Lombok, Indonesia semalam.

Gempa pertama bermagnitud 5.8 Skala Richter berlaku pukul 2.07 petang waktu Indonesia Barat, berpusat di 24km timur laut Timur Lombok ― Nusa Tenggara Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia, ia disusuli dengan satu lagi gempa bermagnitud 5.2 Skala Richter, berpusat di 7km barat laut Lombok Timur- Nusa Tenggara Barat, pukul 2.09 petang.

Sementara itu seorang ejen pelancongan yang menguruskan kumpulan 28 rakyat Malaysia itu dikenali sebagai “ Pak Suminggah” berkata seramai 22 daripada mereka ke kawasan air terjun itu siang tadi.

Suminggah berkata kesemua mereka 28 orang yang tiba di Lombok pada 14 Mac lepas dan dijadualkan pulang malam esok.

“Enam lagi tidak turut serta, berada di Hotel Mascot Mataram. Daripada 22 yang pergi ke air terjun itu, enam cedera telah dibawa ke pusat kesihatan Lombok untuk dapatkan rawatan.

“Seorang lagi disahkan turut meninggal dunia, tapi mayatnya masih tertindih batu besar, mungkin esok baru dapat dikeluarkan, kami belum dapat data lengkap identitinya, kekangan komunikasi dan pelbagai masalah sedang berlaku,” kata Suminggah. — Bernama

https://pakdin.my/tag/lombok

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...

Benarkah Muhyiddin sedang di rawat ketika dikatakan menerima wang dari UKSB?

"Saya sedang rawat kanser. Tak mungkin terima sogokan" Katanya, ini kerana antara Jun hingga Ogos 2018 beliau menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama...

[Video] Tragedi 15 rumah terbakar di Petagas

PUTATAN: Lebih 10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Contoh, Petagas, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata...

[Video] DUA pelajar pondok di temui terapung dalam keadaan berpelukan

KOTA BHARU: Dua pelajar sebuah pondok di Pasir Tumboh di sini, yang hilang di Sungai Machang, Limbat, petang semalam ditemukan lemas, jam 8.40 pagi...