Kesemua 22 warga Malaysia itu dilaporkan berada di Air Terjun Tiu Kelep Senaru ketika gempa berukuran 5.8 pada skala Richter menggegarkan Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat, Indonesia.
Kenyataan itu menyebut pegawai Kedutaan Malaysia di Lombok sedang giat menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan kelancaran urusan membawa pulang jenazah serta warganegara Malaysia yang terjejas.
“Seorang lagi disahkan turut meninggal dunia, tapi mayatnya masih tertindih batu besar, mungkin esok baru dapat dikeluarkan, kami belum dapat data lengkap identitinya, kekangan komunikasi dan pelbagai masalah sedang berlaku,” kata Suminggah.
Pengesahan itu dibuat Wisma Putra kepada Bernama berikutan kejadian yang dipercayai berlaku selepas gempa bumi bersaiz melebihi lima skala Richter petang tadi.