Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaGAYA HIDUPAGAMAPDRM diarah kawal gereja...

PDRM diarah kawal gereja dan kuil selepas tragedi serangan masjid di New Zealand - pakdin.my

Nak kata Islam pengganas ke? Bagus sungguh negara yang Islam sebagai agama Persekutuan lebih prihatin terhadap bukan Islam berbanding Islam.
……….
Anggota polis diarah memantau kuil dan gereja di negara ini susulan insiden tembakan rambang di 2 masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lepas.

Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun mengeluarkan arahan serta-merta kepada semua ketua polis negeri dan ketua polis daerah berhubung perkara itu.

“Sebaik sahaja insiden itu berlaku, saya telah mengarahkan ketua polis dan semua pegawai lapangan berjaga-jaga.

“Pantau gereja atau kuil dan sebagainya…takut ada serang balas dan semua tindakan telah diambil,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara koperasi Polis Diraja Malaysia, RESPA (Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia) dan PKIM (Persatuan Industri Keselamatan Malaysia) di Bukit Aman hari ini.

“Kita mengecam tindakan ganas yang dilakukan oleh ekstremis agama yang berlaku di New Zealand dan bersimpati dengan keluarga mangsa.

“Kita sudah meminta pihak polis memberikan kawalan dan perhatian serius, khususnya di tempat agama yang ada di negara ini.

“Nampak isu (yang berlaku di New Zealand) ini tidak akan berlaku di negara tetapi atas dasar bagi mengelakkan insiden seumpama itu berlaku di negara ini kita meminta pihak polis supaya sentiasa bersedia,” katanya pada sidang media di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, hari ini.

Sebelum itu, media melaporkan seramai 49 terbunuh, manakala 48 lagi dilaporkan cedera dalam serangan berlaku di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood, New Zealand, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai tahap keselamatan selepas insiden tembakan rambang di Christchurch, yang kini dilaporkan telah mengorbankan 50 nyawa.

Dalam perkembangan lain, mengulas tangkapan 13 individu terlibat kumpulan pengganas baru-baru ini, polis menyiasat sekiranya terdapat anggota kumpulan Abu Sayyaf atau Maute bersembunyi di Semenanjung selain di Sabah.

“Siasatan akan dilakukan secara menyeluruh, mereka ini melarikan diri daripada pihak berkuasa Filipina dan kami tidak benarkan mereka ini (berada di negara ini),” katanya.

Semalam, Mohamad Fuzi berkata 13 individu ditahan di sekitar Semporna dan Tambunan di Sabah kerana disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas dalam operasi selama 2 hari bermula 11 Mac.

https://pakdin.my/tag/masjid-christchurh

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Melacurkan diri: Ibu tunggal didenda RM2,500

Rozita dan Nurul Aniza diikat jamin RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 April serta 28 Jun untuk sebutan semula. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162664

Tiga orang ditembak mati

Polis berkata lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan secara rambang kawasan itu, menyebabkan dua orang maut dan dua lagi cedera, sebelum berlindung di sebuah rumah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162654

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644

[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

“Hanya tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu, Alhamdulillah bot itu menuju ke arah kami dan difahamkan mereka menerima maklumat dan segera ke lokasi bagi menyelamatkan kami,” https://pakdin.my/162633 ...................

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang menyerahkan borang pencalonan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621

Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand

Tiga mayat dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta sedan yang ditenggelami air di Tasik Juerae. Kemudian satu lagi mayat yang turut ditembak mati ditemui di Sungai Kolok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162611

[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara – Azalina

SPRM telah hantar laporan terhadap Nazlan Ketua Hakim Negara berhubungan pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009. Ini bermaksud memang ada pelanggaran dilakukan Nazlan berhubung kes SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Kesalahan itu dituduh dilakukan di syarikat miliknya di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1

Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan beberapa kontraktor terpilih didakwa mendepositkan wang tunai RM300 juta ke dalam akaun parti Bersatu sebelum dinafikan Ahli Parlimen Pagoh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162557

Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala

Sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162547

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514

[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bagi menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162501