Fenomena Bossku menular di Kelantan - pakdin.my

Fenomena ‘Bossku’ terus menular negeri ini apabila rakyat pelbagai latar belakang menyambut mesra kedatangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Najib yang tiba di negeri ini pada pukul 9 pagi bersarapan bersama orang ramai di sebuah Cafe di Langgar dekat sini.

Selepas itu, beliau diserbu oleh orang ramai untuk berswafoto ketika melakukan tinjauan mesra di Pasar Siti Khadijah dekat sini.

Fenomena itu amat berbeza berbanding sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 malah Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan turut bersama dengan Ahli Parlimen Pekan itu menunaikan solat Jumaat di Masjid Muhammadi.

Takiyuddin turut hadir pada Majlis Santai Makan Tengah Hari Bersama Bossku di Pejabat UMNO negeri.

Yang turut serta, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yakub dan Pengerusi MCA negeri, Chua Hock Kuan.

Ketika berucap dalam majlis makan tengah hari tersebut, Najib berkata, beliau tidak kecewa kerana tidak mendapat undi di negeri ini pada Pilihan Raya Umim ke-14 walaupun telah memberikan peruntukan yang banyak kepada Kelantan.

“Waktu dulu semasa saya menjadi Perdana Menteri walaupun Pas memerintah Kelantan saya tambah peruntukan untuk Kelantan. Saya tak percaya saya patut mendera rakyat kelantan kerana dia sokong Pas.

“Saya beri peruntukan untuk bela rakyat Kelantan dan biarlah kalau saya tidak dapat undi saya dapat saham akhirat.” katanya.

Beliau kemudiannya menyertai majlis santai bersama nelayan dan penduduk serta perasmian Boksing Pantai Timur di Pantai Irama, Bachok pada pukul 9 malam ini. – UTUSAN ONLINE

UTAMANAJIB RAZAKFenomena Bossku menular di Kelantan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium