PILIHAN RAYA#PRKRantau penting, Tok Mat rayu keluar mengundi

#PRKRantau penting, Tok Mat rayu keluar mengundi

Datuk Seri Mohamad Hasan mengarahkan agar pengundi tidak bertaruh terhadapnya dalam pilihan raya kecil di Rantau dikhuatiri menjejaskan kemenanganya.

“Kepada pengundi Rantau, tolong jangan bertaruh sebab jika buat juga, peratusan undi saya akan turun,” kata timbalan presiden Umno seperti dilapor Berita Harian. 

“Ini berbahaya dan tidak baik kepada saya,” kata calon BN itu lagi kepada media di Bilik Gerakan BN di Kampung Kancong di sini, semalam. 

Mengakui “tidak mudah” mempertahankan kubu kuat di Rantau, Mohamad berkata Pakatan Harapan bertekad mahu memenangi kerusi tradisi BN itu dengan “pelbagai cara”.

“Memang ada pihak yang cakap saya senang menang jadi tidak perlu balik dan keluar mengundi tetapi mereka cakap begitu supaya dapat kurangkan jumlah yang keluar mengundi saya,” katanya.

Menurutnya lagi, kemenangan beliau di Rantau membolehkan beliau menjadi ketua pembangkang di DUN itu sekaligus memastikan PH tidak hanya menabur janji manis pada rakyat.

Mohamad berkata BN akan meneruskan kerjasama dengan PAS seperti di Cameron Highlands dan Semenyih dibantu MIC dan Makkal Sakthi dengan membentuk pasukan ‘teamtokmat’.
……..
Lagi berita Pilihanraya DUN Rantau
https://pakdin.my/tag/prk-rantau

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Kenyataan Fahmi Fadzil sambut keterbukaan BN runding kerusi Melaka: Antara pragmatisme politik dan bayangan pengaruh DAP?

[VIDEO] Gelombang Biru dan Komitmen Barisan Nasional di DUN Chennah

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami