“Ada seorang ibu dalam kalangan masyarakat India di sini yang berterus terang dengan saya baru-baru ini bahawa dia akan mengundi BN. Ini kerana mengenangkan jasa Tok Mat yang banyak membantu anaknya semasa menyambung pelajaran dahulu, sehingga kini dapat memperoleh pekerjaaan dan gaji mencecah RM28,000 sebulan,” katanya.