‘Ketua dan timbalan ketua Polis PH’ ditahan reman tiga hari

Tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden memeriksa kereta peronda (MPV) polis semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Sabtu lalu, ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek berusia antara 36 hingga 52 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman Seremban di sini, selepas mereka dibawa oleh pihak polis ke mahkamah kira-kira pukul 8.30 pagi.

Ketiga-tiga lelaki dipercayai penyokong Pakatan Harapan (PH) itu direman sehingga 17 April ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Mereka terlebih dahulu dilihat tiba di pekarangan mahkamah dengan menaiki trak polis dan berpakaian lokap serta tangan masing-masing bergari.

Semalam, pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop memberitahu, suspek pertama yang bekerja sebagai jurujual kenderaan berusia 52 tahun diberkas di daerah ini tengah hari kelmarin.

Kata beliau, polis seterusnya menahan seorang lagi suspek yang bekerja sebagai pemandu lori berusia 36 tahun dan seorang peniaga ayam berusia 37 tahun di Rantau, manakala tiga lagi suspek masih diburu polis.

Pada hari pengundian PRK DUN Rantau 13 April lalu, lima lelaki dipercayai penyokong PH bertindak memeriksa sebuah MPV polis di hadapan pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua di Rantau, Rembau.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6 petang semasa dua anggota polis berpangkat sarjan dan koperal melakukan tugas membantu kawalan lalu lintas dan mahu mengiringi kertas undi PRK DUN Rantau.

Lima lelaki terbabit telah meminta anggota polis berkenaan membuka but MPV polis tersebut kerana mengesyaki kenderaan itu membawa kertas lebihan undi, namun mereka akhirnya tidak menemukan kertas undi yang didakwa. – UTUSAN ONLINE

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...