Thursday, February 22, 2024

Langkah menamatkan khidmat Mahathir makin galak- pakdin.my

Selepas Nurul Izzah dengan drama “patah hati”nya dan gelaran bekas diktator buat Perdana Menteri (PM) Mahathir, hari ini giliran DAP pula.

Dalam MalayMail dilaporkan AJK DAP Johor Dr Boo Cheng Hau mengkritik Dasar Pandang ke Timur Mahathir dan mencabar Mahathir berdebat dengannya berkenaan dasar itu.

Beliau mendakwa melalui dasar berkenaan Mahathir sekadar membawa masuk acara-acara mewah taraf dunia seperti perlumbaan F1 dan LIMA tetapi tiada usaha memaju sistem dan institusi pendidikan dalam negara.

Acara-acara yang merupakan bahan permainan Mahathir itu dakwa Dr Boo lagi hanya akan memunahkan negara dan bukan menyelamatkannya.

Nampaknya bertalu-talu serangan dilancarkan dari dalam PH terhadap kepimpinan Mahathir. Gambaran mahu diberikan seolah Mahathir sudah tidak layak sebagai PM. Mahathir kini bukan aset tetapi liabiliti buat PH.

Barangkali ini memberi petanda akan ada langkah menamatkan khidmat Mahathir dan menaikkan “bakal PM” yang sudah lama menunggu dan tidak sabar-sabar mahu naik itu.

Selepas Nurul, Dr Boo, siapa lagi?

Akan bertahankah Mahathir sebagai PM?

Oleh: Roslan SMS
……..
Rujukan:
Johor DAP leader dares Dr M to debate ‘Look East Policy’
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/03/28/johor-dap-leader-dares-dr-m-to-debate-look-east-policy/1737415

UtamaPOLITIKLangkah menamatkan khidmat Mahathir makin galak

Ikuti kami di: FACEBOOK | INSTAGRAM | META | X | TIKTOK | YOUTUBE

POPULAR