Tabung Haji rugi kerana 1MDB? Hibah mana? - pakdin.my

“Tabung Haji tu rugi sebab 1MDB. Kesian pengurusan TH hari ini sebab kena cuci tahi Najib Razak. Dah la beli aset 1MDB tak ada hasil”

Awak eh. Satu satunya urusniaga besar antara Tabung Haji dan 1MDB adalah pembelian tanah TRX dengan harga RM188.5 juta pada tahun 2015. Tanah tu luasnya 1.56 ekar di pusat kewangan TRX yang mana Lim Guan Eng sendiri kata kawasan tersebut adalah antara aset negara yang terbaik [1].

TH sendiri mempunyai rancangan melalui anak syarikatnya (TH Property Sdn Bhd) untuk membangunkan kawasan tersebut dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM900 juta. Memang la tak ada hasil lagi sebab ikat bata pun belum. Kau nak hasil cepat pegi lah tanam timun atas tanah tu.

Malah pada awal 2018, nilai tanah itu sendiri telah meningkat 8.9% kepada RM205 juta atau RM3,002 sekaki persegi. Jadi rugi kat mana? [2]

Kalau ya pun tanah tersebut tak ada nilai macam tanah paya, nilai beliannya tak sampai pun RM 200 juta. Mana mungkin ia menjadi punca kepada susut nilai aset TH sebanyak RM4.1b setakat 2017 dan mungkin tambahan RM4.8b pada tahun 2018 ketika pemerintahan Pakatan Harapan? [3]

Dah la bodoh akaun, buta nombor pulak. Cuba cari benda lain untuk dikambinghitamkan setiap kali ada masalah. Contohnya cubalah salahkan kuda liar, pokok senduduk, ikan gelama takpun kau salahkan Taliban.

Kreatif la sikit

—–
Rujukan:

[1] https://www.nst.com.my/business/2019/02/459497/lge-describes-rm40b-trx-one-malaysias-best-assets-beckons-investors-take

[2] https://www.nst.com.my/business/2018/04/358526/tabung-haji-trx-land-purchase-sound-investment-which-has-grown-value-89pc

[3] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2391539114229431&id=100001200986490

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2392628104120532&id=100001200986490

[4] https://pakdin.my/tag/tabung-haji

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

UTAMAEKONOMITabung Haji rugi kerana 1MDB? Hibah mana?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium