UtamaGAYA HIDUPKementerian rampas perangsang Candy...

Kementerian rampas perangsang Candy B+ Complex - pakdin.my

Kementerian Kesihatan merampas pelbagai produk kesihatan berbahaya mengandungi racun berjadual tadalafil dianggarkan bernilai RM1.129 juta.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata serbuan Selasa mingu lalu itu dibuat selepas Bahagian Penguatkuasaan Farmasi menerima aduan daripada orang awam berkenaan penjualan produk tidak berdaftar, secara dalam talian melalui laman sesawang http://www.11street.my.

Dr Noor Hisham berkata, barang yang diiklankan di dalam laman sesawang itu membabitkan produk perangsang seks, iaitu Candy B+ Complex.

Katanya, Candy B+ Complex produk yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah memandangkan hasil analisis menunjukkan produk itu mengandungi racun berjadual iaitu Tadalafil.

“Hasil maklumat dan laporan orang awam, kementerian menjalankan serbuan pada 26 Mac 2019 dan hasil rampasan dianggarkan bernilai RM1.129 juta. Hasil rampasan turut meliputi beberapa jenis makanan dan minuman yang disyaki dicemari racun berjadual, kosmetik yang tidak bernotifikasi dan beberapa buah peranti digital.

“Kesemua produk yang telah dirampas akan disiasat di bawah Akta Jualan Dadah 1952, jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama bagi individu dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan berikutnya.

“Bagi syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kementerian memberi amaran tegas kepada sesiapa yang mempunyai stok produk ini agar menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta merta kerana penggunaan produk ini boleh membawa kepada kemudaratan terhadap kesihatan tubuh badan.

“Tadalafil ubat terkawal yang digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami masalah gangguan seksual seperti mati pucuk atau nama lainnya impotens/Erectile Dysfunction (ED).

“Penggunaan ubat ini memerlukan pengawasan yang teliti daripada pengamal perubatan yang berdaftar dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh orang awam.

“Kementerian Kesihatan juga ingin menasihati orang ramai supaya berwaspada sebelum membeli sebarang produk kesihatan dan kosmetik yang dijual secara dalam talian serta memastikan produk kesihatan dan kosmetik yang dibeli di pasaran berdaftar atau bernotifikasi,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai boleh menyemak kesahihan nombor pendaftaran produk atau notifikasi kosmetik dengan melayari www.npra.moh.gov.my atau dengan menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.

Selain itu, katanya, orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi NPRA Product Status daripada Google Play Store bagi menyemak status pendaftaran produk.

“Orang ramai boleh melaporkan kepada Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan melalui laman sesawang http://www.pharmacy.gov.my atau melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam di alamat http://moh.spab.gov.my. ATAU mana-mana Cawangan Penguatkuasaan Farmasi yang berdekatan atau melalui talian 03-78413200 agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membanteras penjualan produk ini di pasaran,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...