Terowong Pulau Pinang: Kambing Hitam Guan Eng - pakdin.my

Penerima bayaran RM19 juta untuk menghentikan siasatan rasuah ke atas projek Terowong Pulau Pinang telah didakwa sebanyak 71 kali termasuk 68 pertuduhan penggubahan wang haram di bawah AMLA.

Tetapi, kenapa pula syarikat konsesi terowong berkenaan yang rela membayar RM19 juta untuk menghentikan siasatan rasuah terlepas begitu sahaja?

Mengeluarkan wang dengan memberi sebab yang tidak benar kepada pihak bank juga adalah satu kesalahan di bawah AMLA.

Takkan syarikat konsesi itu memberi sebab sebagai “bayaran untuk hentikan siasatan rasuah” apabila mereka mengisi borang pengeluaran wang di bank?

Adakah kerajaan juga akan mengambil tindakan ke atas pemimpin-pemimpin kanan DAP yang disebut telah menerima rasuah dalam bentuk wang tunai dan kepentingan 10% projek terowong sepertimana terkandung di dalam kertas siasatan yang terbongkar itu?

Atau ahli perniagaan yang dikenakan 71 pertuduhan itu akan menjadi satu-satunya ‘kambing hitam’ yang akan dikorbankan dalam skandal mega terowong ini?

Facebook Wee Ka Siong

https://pakdin.my/tag/terowong

UTAMABERITATerowong Pulau Pinang: Kambing Hitam Guan Eng

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium