Saturday, June 22, 2024
28.7 C
Kuala Lumpur

Peristiwa memberi pengajaran

Dua gadis hilang ditemui, polis dakwa kes lari rumah

KUALA LUMPUR — Dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas meraikan Tahun Baharu Tamil di sebuah kondominium di Jalan Gasing Indah, Petaling Jaya dekat sini, kelmarin telah ditemui, dan polis mengesahkan ia adalah kes remaja melarikan diri dari rumah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata Natshatra Navinata,15, dan Divyaa Munian, 16, ditemui di stesen KTM Komuter Batu 3 pada kira-kira pukul 2.30 petang.

Katanya mereka kemudiannya dibawa ke rumah ibu saudara di Sungai Buloh sebelum dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada pukul 7.30 petang semalam untuk rakaman percakapan, dan kedua-dua mereka akan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk pemeriksaan kesihatan.

“Punca (kejadian) melarikan diri dari rumah kerana tidak puas hati dengan ibu,” katanya ketika dihubungi  semalam. 

Salah seorang daripada remaja itu dipercayai telah mengikut rakannya yang tidak mahu pulang ke rumah, sebelum kedua-duanya ditemui oleh ibu saudara salah seorang daripada mereka di Shah Alam. 

Sementara itu ibu Natshatra, Sheila Manikam mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari anaknya dan Divyaa.

“Mereka ditemui selamat, terima kasih kepada semua,” katanya.

Media semalam melaporkan Natshatra dan Divyaa hilang sejak malam Ahad selepas Divyaa dikatakan menempah Grab untuk pulang ke rumahnya dan Natshatra menemankannya hingga ke lobi kondominiumnya di Jalan Gasing Indah.

Sebelum itu, kedua-dua mereka telah ke sebuah kuil berdekatan untuk meraikan Tahun Baharu Tamil. 

Tempahan Grab itu dibatalkan dan kedua-dua mereka tidak pulang ke rumah, menyebabkan keluarga mereka membuat laporan polis dan meminta bantuan orang ramai melalui media sosial untuk mengesan kedua-dua mereka. — Bernama

Hot this week

[VIDEO] MH199 berpatah balik ke Hyderabad susulan masalah enjin

Syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB) mengesahkan penerbangan MH199 dari Hyderabad ke Kuala Lumpur hari ini terpaksa berpatah balik ke Hyderabad.

[VIDEO] ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand, Malaysia pulang sempena Aidiladha

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mengalami kesesakan sejak 14 Jun 2024, berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin.

[VIDEO] 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan percubaan menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 (S$98,900) dalam operasi yang dijalankan pada Jumaat (14 Jun).

Kompleks Imigresen Padang Besar ‘melimpah’

Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar mengalami kesesakan luar biasa apabila diserbu warga Thailand yang ingin pulang menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini.

Kerja pembinaan jambatan baharu Thailand-Malaysia di Sungai Golok akan dimulakan pada April 2025

Jambatan Berkembar, projek pembinaan besar-besaran di Rantau Panjang-Sungai Golok, dijangka bermula pada April 2025.

Topics

Jet Flydubai membuat pendaratan kecemasan di U-Tapao Thailand

Sebuah pesawat flydubai dari Dubai ke Filipina melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang U-Tapao di Rayong, Thailand pada awal pagi Sabtu 15 Jun 2024 selepas peralatan pendaratannya gagal digunakan.

[VIDEO] Polis tembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam insiden berbalas tembakan

Dua lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, petang semalam 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kebakaran di pusat beli-belah SkyAvenue Resorts World Genting

Sebuah bangunan di Resorts World Genting di Genting Highlands terbakar petang 14 Jun 2024.
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img