Lim Kang Hoo dari The Loaf ke Bandar Malaysia - pakdin.my

Semalam Tun Mahathir menjelaskan bahawa Bandar Malaysia akan dibina oleh pemaju yang sama seperti sebelum ini iaitu Konsortium IWH-CREC. Apabila wartawan bertanya kenapa projek ini tidak ditender semula (mungkin bagi mendapatkan harga kontrak yang lebih baik), maka Tun menjawab bahawa “kerajaan PH telah menamatkan kontrak pemaju tersebut dengan cara tidak adil” (We feel that we did wrongly towards the company) [1]

Antara satu masalah saya apabila membaca setiap kenyataan Tun M ialah saya mempunyai masalah kepercayaan kepada beliau. Mana logik orang seperti Tun M sanggup ‘mengaku salah’ apatah lagi kepada pihak yang tiada pengaruh politik seperti IWH-CREC

Berdasarkan semakan saya, IWH (Iskandar Waterfront Holdings) adalah milik Tan Sri Lim Kang Hoo. Konsortium beliau dan CREC (China Railway Engineering Corp) telah memenangi bidaan projek Bandar Malaysia dengan nilai RM7.41 bilion sebelum kontrak mereka ditamatkan oleh Kementerian Kewangan pada 2017 selepas gagal menyediakan bank guarantee kepada kerajaan [2]

Tun Mahathir mempunyai sebuah rangkaian bistro bernama The Loaf; hasil kerjasama dengan sebuah syarikat Jepun. Pada April 2018, The Loaf menutup semua operasi 12 rangkaian outlet itu di seluruh negara selepas menanggung kerugian yang besar [3]

Namun begitu sebuah syarikat bernama Ekovest Berhad melalui sebuah syarikat subsidiari mereka Duke Dining Sdn Bhd telah membeli keseluruhan saham The Loaf dan merancang untuk menghidupkan semula rangkaian bistro tersebut bermula tahun ini [4]

Siapa pemilik Ekovest Berhad?

Ya, Tan Sri Lim Kang Hoo

—–
Rujukan:

[1] https://www.nst.com.my/news/nation/2019/04/481096/dr-m-explains-why-bandar-malaysia-project-reinstated

[2] https://www.theedgemarkets.com/article/minus-hsr-whither-bandar-malaysia

[3] https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/04/13/dr-ms-bakery-bistro-the-loaf-closes-after-12-years-in-business/

[4] https://www.edgeprop.my/content/1507025/dr-m-linked-bakery-loaf-has-new-owner

UTAMAPOLITIKLim Kang Hoo dari The Loaf ke Bandar Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium