UtamaPOLITIKKenapa Ong umum pemutihan...

Kenapa Ong umum pemutihan penjawat awam? – Pemuda Umno - pakdin.my

Pemuda Umno menggesa kerajaan menjelaskan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming mengenai langkah untuk meneruskan proses pemutihan dalam perkhidmatan awam.

Menurut ketuanya, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, kenyataan Ong itu sepatutnya dibuat pemimpin tertinggi kerajaan dan bukan dilakukan secara ‘semberono’ dalam program wawancara televisyen.

“Kerajaan perlu menjelaskan seberapa segera, apakah kenyataan Dr Ong Kian Ming ini merupakan keputusan rasmi kabinet dan jika benar ia keputusan rasmi kabinet mengapakah yang membuat pengumuman mengenainya adalah seorang timbalan menteri, bukan perdana menteri, timbalan perdana Menteri atau menteri,” kata Asyraf.

Ong dalam wawancara Astro Awanipada 17 April lalu berkata, kerajaan masih perlu meneruskan proses pemutihan ke atas penjawat awam di beberapa kementerian.

Tindakan itu, kata Ong, adalah kerana terdapat ramai penjawat awam pada masa ini masih berpihak kepada kerajaan lalu.

Menurut Ong walaupun beliau tidak berhadapan masalah untuk bekerjasama dengan kakitangan di MITI, namun kementerian lain masih berdepan kesukaran.

“Saya tidak nafikan kementerian lain seperti Kementeraian Komunikasi dan Multimedia memang ada cabaran yang lebih berat kerana ada ramai orang yang lebih berpihak kepada kerajaan lalu dan kita kita masih buat cleaning up process (proses pembersihan),” katanya.

Perlembagaan lindungi penjawat awam

Perlembagaan lindungi penjawat awam
Mengulas lanjut, Asyraf berkata Perkara 132 (2A) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan penjawat awam berhak memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Perkara 135 pula memperuntukkan bahawa mereka tidak boleh dibuang kerja dan diturun pangkat secara sesuka hati,” katanya.

Tambah Asyraf, walaupun ada garis panduan melarang penjawat awam mengambil bahagian dalam aktiviti politik dalam Seksyen 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002, Sub-Seksyen 5 pula tidak menghalang mereka daripada menjadi ahli biasa parti politik.

Katanya lagi, kerajaan BN tidak pernah menzalimi sebahagian penjawat awam yang menyokong, mengundi dan menjadi ahli biasa parti politik Pakatan Rakyat dan PH.

Sementara itu, penganalisis politik Dr. Kamarul Zaman Yusof meminta Ong menjelaskan dengan tepat dan terperinci tentang kenyataan ‘cleaning up process’ terhadap penjawat awam yang dikeluarkannya itu.

“Kenyataan Dr Ong Kian Ming hanya mengaitkannya dengan ‘lebih berpihak kepada kerajaan yang lalu’,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata Kamarul, kenyataan Ong itu perlu dipandang serius kerana ia bukan hanya melibatkan kementeriannya, tetapi seluruh kerajaan.

Tambah Kamarul lagi, PH perlu sedar bahawa persepsi seolah-olah PH berkonfrontasi dengan penjawat awam mungkin menjadi penyebab sokongan golongan itu tidak berpihak kepada mereka dalam beberapa pilihan raya kecil yang lalu.

……….
Nota Kaki:

Dulu zaman Najib kerjaan BN anak jantan, kaki tangan kerajaan yang di kenal pasti pro PhDAP pun tak di usik.

Tapi kerajaan sekarang ni lain sikit.

Mungkin dia tahu dulu dia yang guna kakitangan jadi talibarut bocor rahsia dan sabotaj, sekarang dia takut kena yang sama

Yang kena buat kerja soal ni Pemuda UMNO, sebab Pemuda PPBM, PAN dah Inalillah.

Jalan dan alaaan untuk pecat orang Melayu 19 billion Tabung Haji melayang ke tangan kafir pun pemuda Bunga dah Inallilah.

https://pakdin.my/penjawat-awam

 

Berkaitan

Baca Juga

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat

Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi,...

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari...

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...