UtamaNASIONALPencemaran di Jenjarom, mana...

Pencemaran di Jenjarom, mana pejuang alam sekitar PH - pakdin.my

Pakatan Harapan menggunakan isu-isu pencemaran alam sekitar seperti di Lynas dan Raub untuk membangkitkan emosi orang ramai. Mereka menggambarkan BN sebagai “syaitan” manakala PH kononnya “malaikat” yang selalu mengutamakan kehidupan rakyat.

Setelah mengambil alih Kerajaan, kerajaan PH berterusan menyalahkan BN termasuk kegagalan menangani isu pencemaran kimia di Pasir Gudang. Mereka mendakwa BN membenarkan pelaku menjalankan perniagaan tersebut selama ini. Sekali lagi PH menuding jari kepada BN apabila mereka gagal menutup kilang Lynas.

Malah, MCA turut dipersalahkan dan mereka bersungguh-sungguh menutup mulut MCA daripada membangkitkan perkara ini.

Sekarang, penduduk tempatan di Jenjarom pula ditimpa musibah akibat pencemaran alam sekitar. Penduduk di sana diancam risiko kerosakan jantung, otak dan sistem saraf selain boleh membawa maut akibat terdedah kepada pencemaran logam berat plumbum.

Terdapat bukti yang jelas untuk menunjukkan bahawa pencemaran industri ini telah mengundang risiko bahaya kepada rakyat.

Kejadian ini berlaku di Selangor, negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan sendiri sejak lebih daripada 10 tahun. Nampaknya, Pakatan Harapan tidak boleh menyalahkan pihak lain!

Dengan berita terkini tentang pencemaran alam sekitar di Selangor, ia sekaligus membongkar wajah sebenar Pakatan Harapan. Kononnya pejuang alam sekitar, sebaliknya merekalah yang sebenarnya pengkhianat rakyat.

Berikut merupakan senario antara hidup dan mati serta kebenaran yang tidak boleh anda nafikan :

https://www.sinarharian.com.my/article/24322/SIASAT/Plumbum-ancam-penduduk-Jenjarom

Villagers cry foul over alleged pollution from battery plant

Perkara ini turut didedahkan oleh pakar alam sekitar yang disegani, Prof. Dr Maketab bin Mohammad yang juga merupakan kenalan saya ketika menuntut di UTM. Beliau tampil membantu NGO dan mangsa di tempat kejadian.

Beliau melakukan siasatan selepas menerima aduan daripada penduduk kampung di Jenjarom, Selangor. Penduduk mengadu air longkang dan air bawah tanah telah dicemar oleh asid tetapi pihak berkuasa tidak mempedulikannya malah memberi alasan yang diberikan oleh pihak kilang yang mencemarkan alam sekitar tersebut tanpa membuat kajian mereka sendiri.

Sebelum ini penduduk sudah beberapa kali membuat aduan kepada kerajaan tempatan, kerajaan negeri dan Jabatan Alam sekitar sejak awal tahun ini. Tetapi tidak diberi kerjasama dan tindakan yang sepatutnya.

Penduduk dan persatuan pencinta alam sekitar terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membuat ujian di makmal bertauliah bagi membuktikan pencemaran yang telah berlaku.

Hasil kajian, Prof. Maketab mendapati kandungan plumbum di kawasan itu sangat tinggi setelah ia diambil menerusi sampel rambut pekerja dan penduduk di sekitar sebuah kilang membuat bateri.

Berikut apa yang beliau tulis di Facebooknya :

“Keputusan Plumbum dalam sampel-sampel rambut yang diambil dari staf kilang lead acid battery Leoch Accupower Sdn Bhd di Kg Jenjarom (Sampel 5, 6, 7) dan pihak lain yang berdekatan adalah dilampirkan.

“Keputusan melebihi 10 mcg/g atau mg/kg adalah ditanda merah. Sampel 11 & Sampel 12 adalah penduduk-penduduk yang rumah mereka kurang dari 200 meter dari kilang berkenaan.

“Adalah dicadangkan sampel darah diambil untuk confirmation tahap Pb darah (BLL) & seterusnya Chelation Therapy. Perpindahan punca pencemaran dari kampung tradisi ini amat diharapkan. Sekian, wassalam. Prof Dr Maketab Mohamed.”

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2610541348974539&id=100000560982233

Kerajaan PH, dengarlah saranan profesor ini, jangan menyesal di kemudian hari!

Pencemaran udara yang membimbangkan ini langsung tidak diambil berat oleh Jabatan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri Selangor.

Tindakan segera yang patut diambil PH ialah :

1. Tutup kilang bateri kitar semula. Apa makna notis memberhentikan operasi kilang oleh MDKL mulai 15 Mac 2019 sedangkan pemilik kilang ingkar perintah? Apa tunggu lagi?

2. Heret dan tuduh pemilik kilang ke mahkamah di bawah seksyen 34A & 34B Akta Alam Sekeliling 1974. Itu semua buangan terjadual (scheduled waste)!

3. Segala kos pembersihan, rawatan mangsa dan gantirugi harus ditanggung oleh pemilik kilang bateri kitar semula.

4. Jabatan Kesihatan WAJIB membuat pemeriksaan / ujian darah ke atas 6000 mangsa di kawasan tercemar lebih-lebih lagi kilang itu terlalu dekat dengan SJK(T) Jenjarom (1km), SJK(C) Jenjarom (1km), SMK Jenjarom (335m) dan Tadika Hidayatul Ummi (222m)

5. Di samping itu, semua pekerja kilang bateri tersebut WAJIB dilakukan pemeriksaan rambut dan ujian darah oleh Jabatan Kesihatan supaya kesihatan mereka tidak terjejas.

6. Teruskan siasatan rapi dan kajian forensik oleh pakar alam sekitar serta geologi samada air sungai mahupun air bawah tanah yang tercemar.

Ingat PH, bahayanya plumbum (lead) ini boleh merosakkan perkembangan otak kanak-kanak di sekitar Jenjarom!

#SelamatkanWargaJenjarom
#CegahSebelumParah

Oleh: Wee Ka Siong

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 https://youtu.be/9BNvuoiOv18

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei – Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya di Brunei, Erywan Mohd Yusof. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 https://youtu.be/ZoAoMi6CwpI

[VIDEO] Anak ikan paus terdampar di Kuala Baram

Operasi menyelamat telah dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam dan menolak anak ikan paus tersebut ke kawasan yang lebih dalam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162026

[VIDEO] Kelibat harimau dilihat di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim

PERHILITAN Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162019 .................

[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar

“Dulu ‘komisyen’ okay, rasuah tak okay. Sekarang ada pula ‘sedekah’. “Sedekah untuk amal jariah okay, tapi ‘sedekah’ untuk dapat undi pilihan raya – rasuah.” BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162009

[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi

Semalam, Hadi mempertahankan pemberian wang menerusi bantuan diberikan kerajaan Terengganu beberapa hari sebelum PRU15. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161999

[VIDEO] Aliran Kenderaan Meningkat, Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dilaporkan perlahan melibatkan kedua-dua arah selatan dan utara. https://pakdin.my/161988