BERITA1MDBRejim PH buktikan 1MDB tidak rugi malah membantu ekonomi negara

Rejim PH buktikan 1MDB tidak rugi malah membantu ekonomi negara

PM kata projek 1MDB iaitu Bandar Malaysia yang bernilai RM140 bilion boleh membantu menaikkan mata wang serta membangunkan negara kita.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng pula berkata projek TRX yang juga daripada 1MDB bernilai RM40 bilion merupakan salah satu usaha terbaik negara kita.

Apabila dicampurkan, kedua-duanya berjumlah RM180 bilion.

Ianya lebih daripada cukup untuk menampung hutang RM30 bilion.

Ini bermakna, PH telah mengesahkan bahawa 1MDB bukanlah punca yang menyebabkan Malaysia muflis atau membebankan generasi akan datang.

Malah, PH telah mengesahkan bahawa 1MDB begitu menguntungkan dan memainkan peranan penting untuk membangunkan negara kita.

Oleh itu, PH tidak lagi boleh menggunakan 1MDB sebagai alasan untuk tidak menunaikan janji manifesto mereka.

Walaupun PH telah berbohong kepada orang ramai dengan menggunakan 1MDB sebagai alasan utama mereka selama bertahun-tahun, dengan berita mengenai Bandar Malaysia dan TRX ini, rakyat Malaysia berharap PH tidak lagi berbohong.

Wee Ka Siong

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Kenyataan Fahmi Fadzil sambut keterbukaan BN runding kerusi Melaka: Antara pragmatisme politik dan bayangan pengaruh DAP?

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami