Kubah masjid runtuh masa jemaah tadarus Quran

KUALA TERENGGANU — Berpantang maut sebelum ajal. Itu situasi yang dilalui oleh empat jemaah Masjid Haji Muhammad, Kampung Mengabang Tengah, di sini apabila mereka nyaris dihempap tapak menara kubah yang runtuh malam tadi.

Difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam selepas jemaah selesai menunaikan solat terawih dan pulang ke rumah masing-masing kira-kira 10.15 malam.

Saksi kejadian, Aziz Salleh, 60, berkata kejadian itu berlaku sekelip mata ketika dia bersama dua lagi rakan sedang asyik bertadarus al-Quran manakala seorang lagi jemaah sedang sibuk melipat sejadah kira-kira tiga meter dari lokasi runtuhan.

Mereka tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi seperti panahan kilat yang kuat dari arah belakang.

“Semasa kejadian semua jemaah sudah pulang kecuali kami berempat dan keadaan di luar pula hujan lebat diselangi dengan kilat sabung-menyabung.

“Pada mulanya saya ingatkan bunyi ‘prak’ yang kuat itu datangnya daripada panahan kilat, tetapi masing-masing tergamam apabila menoleh ke belakang melihat tapak menara kubah yang sedang dalam pembinaan itu tersadai di atas lantai,” katanya ketika ditemui di kawasan perkarangan Masjid Haji Muhammad, hari ini.

Menurut Aziz, walaupun hujan masih lebat, mereka mengambil keputusan untuk keluar dari masjid kira-kira lima minit selepas kejadian kerana bimbang kejadian lebih teruk akan berlaku.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Haji Muhammad, Wan Ismail Wan Ngah, 66, berkata masjid persendirian berusia lebih 100 tahun itu sedang dalam proses naik taraf berikutan banyak bahagian binaan kayunya yang sudah reput dan bumbung juga bocor.

Beliau berkata, masjid itu didirikan atas tanah wakaf dan kerja-kerja ubah suai yang telah memakan belanja sebanyak RM300,000 itu dibiayai hasil kutipan derma daripada orang ramai.

“Sejak didirikan masjid ini telah melalui lima atau enam kali proses pembaikan atau naik taraf tetapi kali ini adalah yang terbesar dengan penyediaan kos sebanyak RM600,000.

“Saya telah berjumpa dengan pihak bomba dan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri pagi tadi untuk mendapatkan nasihat dan mereka mengesyorkan supaya kerja-kerja menaik taraf dihentikan sepenuhnya,” katanya.

Proses menaik taraf masjid berkenaan mula dijalankan pada November tahun lepas dan dicadang akan digunakan untuk solat sunat Aidilfitri tahun ini. — Bernama

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...

Benarkah Muhyiddin sedang di rawat ketika dikatakan menerima wang dari UKSB?

"Saya sedang rawat kanser. Tak mungkin terima sogokan" Katanya, ini kerana antara Jun hingga Ogos 2018 beliau menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama...

[Video] Tragedi 15 rumah terbakar di Petagas

PUTATAN: Lebih 10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Contoh, Petagas, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata...

[Video] DUA pelajar pondok di temui terapung dalam keadaan berpelukan

KOTA BHARU: Dua pelajar sebuah pondok di Pasir Tumboh di sini, yang hilang di Sungai Machang, Limbat, petang semalam ditemukan lemas, jam 8.40 pagi...