BERITATMJ curi tumpuan, diserbu di bazar Ramadan

TMJ curi tumpuan, diserbu di bazar Ramadan

KULAI – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melakukan kejutan apabila melawat dan meluangkan masa membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan Jalan Temenggong, di sini petang tadi.

Kehadiran putera sulung Sultan Johor itu mencuri tumpuan orang ramai sebelum dikerumuni apabila pengunjung dan peniaga menyedari kehadirannya yang singgah di bazar itu secara tiba-tiba.

Tunku Ismail meluangkan masa kira-kira setengah jam melihat serta membeli juadah selain sempat beramah mesra dengan pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum.

Peluang tersebut diambil para pengunjung untuk berswafoto bersama-sama Tunku Ismail yang tidak lekang dengan senyuman semasa bertemu mereka. – UTUSAN ONLINE

Nota kaki:
Berbeza dengan kehadiran Mahathir di Bazar Ramadhan yang hampir tidak dipedulikan peniaga dan pengunjung.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Benarkah nak membantu Tabung Haji? Kenapa ini yang berlaku? di mana sifat amanah?

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami