Mahathir, siapa yang bermain isu perkauman dan agama? - pakdin.my

Sempena setahun rejim Pakatan Harapan mentadbir negara, dalam ucapannya, Mahathir terus membuat tohmahan terhadap pembangkang.

Antaranya tuduhan pembangkang bermain isu perkauman dan agama,
mana ada pembangkang bermain isu perkauman dan agama. Mungkin DAP yang bermain isu tersebut dan ini jelas ketika peristiwa kuil Seafield sehingga mengorbankan nyawa anggota bomba, Muhammad Adib.

Pembangkang hanya memainkan isu kegagalan pentadbiran rejim Pakatan Harapan DAP dan kegagalan mereka menunaikan manifesto. Itu sahaja.

Kalau ada yang berkait dengan agama dan bangsa, ianya tidak lebih mempertahankan hak agama dan bangsa seperti yang termaktub didalam Perlembagaan negara.

Kepada Mahathir, sudah-sudahlah nak buat propaganda.

Adalah lebih baik Mahathir bercakap mengenai halatuju dasar negara dan peningkatan ekonomi negara serta yang lebih utama untuk mengurangkan beban rakyat akibat kos sara hidup yang semakin tinggi.

Terima lah hakikat kegagalan PH.

Rujukan:
Henti guna isu kaum, agama – PM
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/05/562070/henti-guna-isu-kaum-agama-pm

UTAMAPOLITIKMahathir, siapa yang bermain isu perkauman dan agama?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium