Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALMinum di kedai, lelaki...

Minum di kedai, lelaki 71 tahun ditahan tidak puasa di Jitra - pakdin.my

JITRA — Alasan tidak sihat diberikan seorang lelaki warga emas yang ditangkap kerana tidak berpuasa oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) di sebuah kedai makan Cina di Pekan Tunjang, di sini hari ini.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JHEAIK Syeikh Azhari Mohamad berkata lelaki berusia 71 tahun itu didapati sedang minum di kedai makan terbabit ketika serbuan dibuat pihaknya.

“Bila kita tahan dan soal siasat dia, lelaki ini mengaku dia tidak berpuasa sebab ada masalah kesihatan, tetapi bila kita tanya lanjut tidak ada jawapan sahih sakit apa sebenarnya,” katanya kepada pemberita selepas menjalankan operasi Ramadan di sini, hari ini.

Semasa operasi itu, warga emas tersebut yang bekerja kampung enggan memberikan kerjasama kepada pihak penguatkuasa JHEAIK dan cuba melarikan diri sehingga berlaku pergelutan antara dia dengan pihak penguatkuasa.

Warga emas itu juga bertindak terbaring ke atas lantai kedai makan berkenaan semasa pergelutan tersebut untuk menunjukkan dirinya tidak sihat.

Syeikh Azhari berkata pihaknya mengeluarkan notis saman kepada kepada warga emas terbabit mengikut Seksyen 14 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana makan atau minum di khalayak ramai pada bulan Ramadan yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, seorang lagi lelaki berusia 50 tahun yang didapati minum di kedai sama turut dikenakan notis saman di bawah seksyen dan enakmen sama.

Syeikh Azhari berkata lelaki tersebut turut memberikan alasan tidak sihat dan menyatakan dirinya pemegang kad OKU (Orang Kelainan Upaya) kategori ada masalah kesihatan mental, namun dia gagal menunjukkan bukti kad tersebut apabila diminta mengeluarkannya.

Syeikh Azhari berkata kedua-dua lelaki itu dilepaskan bersama notis saman dan mereka dikehendaki datang ke pejabat agama untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, Syeikh Azhari berkata sebanyak lima notis saman di bawah seksyen berkenaan dikeluarkan kepada orang awam kerana makan atau minum di khalayak ramai sejak hari pertama puasa lalu.

“Bila kita turun operasi ini, banyak sempat melarikan diri…kita akan meneruskan lagi operasi ini dari semasa ke semasa sepanjang Ramadan ini bagi mengesan mereka yang tidak berpuasa dan tidak menghormati bulan Ramadan ini,” katanya. — Bernama

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883

[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan

Kesemua mangsa tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor cuaca dan laluan merintangi sungai telah dinaiki air disebabkan hujan lebat berterusan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162873

[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam

Ketika ditemui seorang telah meninggal dunia, dan seorang lagi dalam keadaan kritikal BACA seerusnya di: https://pakdin.my/162861

[VIDEO] 60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping

Banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam dan melibatkan kawasan perumahan yang rendah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162851

Kami perlu lebih pantas dalam aksi menentang Hong Kong – Darren

Pan Gon berkata beliau menuntut banyak daripada pemain sepanjang perlawanan dan melihat sebahagian mereka bergelut untuk mengikut rentak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162838