Kes Altantuya: Razak Baginda tidak suruh Azilah bunuh ‘Amina’

SHAH ALAM, 13 Mei — Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu bahawa penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda memaklumkan kepada setiausahanya bahawa beliau tidak menyuruh bekas pegawai polis, Azilah Hadri membunuh “Amina”.

Siti Aisyah Mohd Azlan, 36, yang memberi keterangan pada perbicaraan kes saman sivil difailkan keluarga model Mongolia yang mati dibunuh pada 2006, Altantuya Shaariibuu, sebaliknya berkata, Abdul Razak memberitahunya bahawa beliau hanya meminta Azilah melindungi rumah dan keluarganya.

Setiausaha itu yang bertugas di Total Nexus (M) Sdn Bhd, Jalan Ampang dekat sini, terdahulu memberitahu mahkamah bahawa pada 7 November 2006, Abdul Razak memaklumkan kepadanya bahawa ‘sesuatu yang buruk’ telah berlaku.

Ketika ditanya peguam keluarga Altantuya, Sangeet Kaur Deo, apakah beliau maksudkan dengan “sesuatu yang buruk”, Siti Aisyah menjawab Abdul Razak berkata “Amina” telah mati.

Siti Aisyah sebelum itu membuat pengecaman terhadap “Amina” menerusi gambar Altantuya yang dirujuk kepada beliau oleh jurubahasa mahkamah.

Sangeet: Seterusnya?

Siti Aisyah: Saya tanya siapa yang melakukannya.

Sangeet: Apakah jawapan defendan ketiga (Abdul Razak)?

Siti Aisyah: Beliau kata Azilah yang lakukan.

Sangeet: Siapakah “Azilah” yang defendan ketiga katakan?

Siti Aisyah: Pegawai UTK (Unit Tindakan Khas) yang telah hadir ke pejabat kami pada 18 Oktober 2006 iaitu defendan pertama.

Sangeet: Apakah defendan ketiga maklumkan bagaimana beliau tahu yang Azilah telah melakukannya?

Siti Aisyah: Tidak.

Saksi keenam plaintif itu memberi keterangan pada perbicaraan saman RM100 juta yang difailkan bapa Altantuya, Dr Shaariibuu Setev Shaariibuu, isterinya Altantsetseg Sanjaa dan dua cucu lelaki mereka – Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga pada 4 Jun, 2007.

Mereka menamakan Azilah dan seorang lagi bekas anggota polis Sirul Azhar Umar, Abdul Razak serta kerajaan Malaysia sebagai defendan-defendan.

Bagaimanapun, nama Altanshagai Munkhtulga digugurkan daripada senarai plaintif berikutan kematiannya dua tahun lepas.

Ketika disoal balas peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili Abdul Razak sama ada majikannya itu ada meminta beliau merahsiakan perjumpaannya dengan Azilah, Siti Aisyah menjawab tidak ada.

Saksi itu berkata, pada Ogos 2006, Amina datang ke tempat kerja beliau untuk berjumpa dengan Abdul Razak dan melalui perbualan mereka, beliau mendengar Abdul Razak memberitahu Amina: “I got nothing to do with you.

If you want to do anything go ahead.”(Saya tiada apa-apa dengan awak. Jika awak hendak buat sesuatu teruskan).

Ketika disoal balas Manjeet sama ada beliau ada mendengar majikannya itu mengeluarkan perkataan kasar, mengugut atau memukul dan menolak kepala Amina, Siti Aisyah menjawab tidak ada.

Saksi itu seterusnya berkata selepas pertemuan itu, Amina ada datang lagi ke pejabat beliau sebanyak tiga kali untuk bertemu dengan Abdul Razak namun gagal berbuat demikian.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera bersambung esok. — Bernama

MENARIK

BERKAITAN

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir. Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu. Saya beri 3...

Anwar masih ulang propaganda dan hasutan PH ketika PRU14 – Shahrir Samad

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menggunakan taktik propaganda yang sama sesama kempen Pilihan Raya Umum ke 14...

Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain

LONDON – Pihak berkuasa kesihatan Britain sedang menyiasat empat lagi kes virus cacar monyet di England, menjadikan bilangan pesakit yang disahkan sejak 6 Mei...

GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi laluan kepada calonnya bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang. Pembantu kepada Pengerusi GPS...

Banjir kilat di Kerling

HULU SELANGOR: Beberapa kawasan di Kampung Jawa Kerling, Hulu Selangor dilanda banjir kilat. Dianggarkan 15 hingga 20 rumah dinaiki air. Tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan...

Pendaki hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa

IPOH - Pasukan penyelamat menemukan anggota tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku, Simpang...