UtamaNASIONALKes bunuh Siti Kharina:...

Kes bunuh Siti Kharina: Polis selesai siasatan, tunggu pendakwaan - pakdin.my

SEPANG: Polis sudah menyelesaikan siasatan kes pembunuhan ketua jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, dan merujuk kepada pendakwa raya untuk memulakan pendakwaan terhadap seorang daripada tiga individu yang ditahan.

Ketua Polis Selangor Noor Azam Jamaludin berkata, polis menyerahkan kepada pihak pendakwa raya bagi menentukan masa untuk mendakwa suspek.

“Daripada 3, kita akan dakwa seorang sahaja secepat mungkin. Yang lain akan jadi saksi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Surau Al-Medina Ibu Pejabat Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, berhubung perkembangan kes itu.

“Masih ada reman lagi, kalau DPP (timbalan pendakwa raya) kata boleh dakwa esok, kita dakwa esoklah. Kalau tidak Isnin,” katanya lagi.

Ditanya mengenai motif pembunuhan itu, Noor Azam berkata, suspek yang ditahan masih enggan mendedahkannya, tetapi polis sudah memperolehi “bukti nyata” berkaitan kes berkenaan.

Hari ini Mahkamah Majistret Sepang memerintahkan tempoh tahanan reman seorang lelaki warga Nigeria disambung 7 hari berkuatkuasa esok hingga 30 Mei bagi membantu siasatan kes pembunuhan Siti Kharina.
Sebelum ini, warga Nigeria berusia 36 tahun itu direman seminggu bermula 17 Mei.

Selain lelaki Nigeria berkenaan, turut ditahan susulan penemuan mayat Siti Kharina ialah seorang wanita warga Nigeria dan seorang lelaki warga Pakistan.

Semalam, ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata, tempoh reman wanita Nigeria dan lelaki Pakistan disambung 7 hari mulai hari ini hingga 29 Mei.

Siti Kharina, 40, dilaporkan hilang sejak 8 Mei lepas dan misteri kehilangannya terungkai apabila mayatnya ditemui pemilik kondominium yang disewanya di Cyberjaya dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala pada 15 Mei.

https://pakdin.my/tag/siti-kharina

1. Kronologi kes bunuh Siti Kharina: Pengesahan terbaru pihak polis ini mengejutkan ramai pihak
https://pakdin.my/kronologi-kes-bunuh-siti-kharina-pengesahan-terbaru-pihak-polis-ini-mengejutkan-ramai-pihak/

2. Kes bunuh jururawat: Suspek tinggal melebihi tempoh di negara ini menggunakan pas lawatan sosial
https://pakdin.my/kes-bunuh-jururawat-suspek-tinggal-melebihi-tempoh-di-negara-ini-menggunakan-pas-lawatan-sosial/

3.cKes bunuh jururawat: Kenal suspek di media sosial, jumpa sejak Januari
https://pakdin.my/kes-bunuh-jururawat-kenal-suspek-di-media-sosial-jumpa-sejak-januari/

4. Kematian Siti Kharina kerana luka di leher
https://pakdin.my/kematian-siti-kharina-kerana-luka-di-leher/

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] MKT UMNO mahu Parlimen bubar dalam masa terdekat, PRU15 tahun ini

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada malam Jumaat mencapai ketetapan untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehlan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

[VIDEO] Muhyiddin tak pernah beri kata dua kepada PAS, kata pemimpin Bersatu

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin tidak pernah memberi sebarang kata dua kepada PAS sama ada perlu memilih Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) bagi...

[VIDEO] Wanita diculik ditemui mati dalam gaung

Lelaki berusia lingkungan 20-an dicekup susulan disyaki terlibat dalam kes culik seorang wanita yang ditemui mati dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, pada...

[VIDEO] Polis kesan dua lelaki lepas tembakan depan rumah

LUMUT - Polis sedang mengesan dua lelaki yang terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan di hadapan sebuah rumah di Sitiawan di sini pada Jumaat. Ketua Polis...

Polis nafi surat tular kes culik di Hulu Selangor

HULU SELANGOR – Polis menafikan dakwaan terdapat kes penculikan atau cubaan menculik di daerah itu sekali gus menegaskan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang...

[VIDEO] Ular sawa ‘kenyang’ baham kambing dalam kandang

KULAI – Seorang lelaki terkejut melihat seekor ular sawa batik di dalam kandang yang kekenyangan selepas membaham kambing di Felda Inas, di sini hari...

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...