Kes bunuh Siti Kharina: Warga Nigeria didakwa di Mahkamah Majistret Sepang - pakdin.my

SEPANG: Seorang lelaki Nigeria didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin yang mayatnya ditemui dalam unit kondominium dekat Cyberjaya, pada 15 Mei lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Alowonle Oluwajuwon Gilbert, 36, yang berkemeja dan seluar jeans sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret A Akhiruddin @ Boy Acho.
Tertuduh dilihat hanya mendiamkan diri dan tunduk sepanjang prosiding yang bermula kira-kira jam 9.50 pagi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Alowonle didakwa menyebabkan kematian Siti Kharina, 40, di Tower 1, Third Avenue Kondominium, Cyberjaya, di sini, antara jam 12.41 pagi, 9 Mei hingga 2.30 petang, pada 15 Mei lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nasharina Nazlan, memohon mahkamah menetapkan tarikh untuk sebutan semula kes, sementara menunggu laporan bedah siasat, kimia, telefon bimbit dan rakaman kamera litar tertutup.

Mahkamah kemudian menetapkan 31 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Siti Kharina, yang hilang sejak 8 Mei lalu ditemui meninggal dunia dengan kesan kelar di bahagian dada, dipercayai dibunuh dalam unit kondominium disewanya dekat Cyberjaya, pada 15 Mei lalu.

Mayatnya ditemui pemilik rumah sewa berkenaan, kira-kira jam 2.30 petang, selepas melihat kesan darah mengalir keluar daripada satu pintu rumah itu sebelum menghubungi polis.

Susulan penemuan mayat itu, polis menahan seorang wanita warga Nigeria di Taman Damai Indah, Cheras, pada jam 3 pagi, 16 Mei lalu sebelum menahan seorang lagi lelaki warga Pakistan di Taman Sri Rampai, Setapak, sejam kemudian.

Suspek lelaki warga Nigeria itu pula ditahan kira-kira jam 3.30 petang hari sama di kafe pusat beli belah Cheras Sentral, Cheras.

Rujukan:

5:43

1. Suspek kes bunuh Siti Kharina didakwa hari ini
https://pakdin.my/suspek-kes-bunuh-siti-kharina-didakwa-esok/

2. Kes bunuh Siti Kharina: Polis selesai siasatan, tunggu pendakwaan
https://pakdin.my/kes-bunuh-siti-kharina-polis-selesai-siasatan-tunggu-pendakwaan/

3. Kronologi kes bunuh Siti Kharina: Pengesahan terbaru pihak polis ini mengejutkan ramai pihak
https://pakdin.my/kronologi-kes-bunuh-siti-kharina-pengesahan-terbaru-pihak-polis-ini-mengejutkan-ramai-pihak/

4. Kes bunuh jururawat: Suspek tinggal melebihi tempoh di negara ini menggunakan pas lawatan sosial
https://pakdin.my/kes-bunuh-jururawat-suspek-tinggal-melebihi-tempoh-di-negara-ini-menggunakan-pas-lawatan-sosial/

5. Kes bunuh jururawat: Kenal suspek di media sosial, jumpa sejak Januari
https://pakdin.my/kes-bunuh-jururawat-kenal-suspek-di-media-sosial-jumpa-sejak-januari/

6. Kematian Siti Kharina kerana luka di leher
https://pakdin.my/kematian-siti-kharina-kerana-luka-di-leher/

UTAMABERITAKes bunuh Siti Kharina: Warga Nigeria didakwa di Mahkamah Majistret Sepang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium