UtamaPOLITIKSemua Orang Islam Sudah...

Semua Orang Islam Sudah Kudung? - pakdin.my

Sumbangan untuk memastikan blog ini terus bersiaran: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Imam syafie menegaskan pemberian zakat hanyalah kepada orang Islam. Manakala imam-imam mazhab lain ada yang berpandangan sebahagian kecil zakat boleh diberikan kepada bukan Islam yang mahu belajar mengenai Islam.

Namun sepanjang sejarah perbahasan ilmu Islam, tidak pernah saya berjumpa ulama muktabar dan kotemporari membincang dan memutuskan hukum mengenai agihan zakat yang dilakukan oleh bukan Islam kepada orang Islam.

Tidak ada perbincangan bukan kerana pada zaman dahulu tiada pembesar bukan Islam.

Ini kerana sejak diwajibkan zakat sehingga sekarang, semua orang, kecuali pemimpin DAP dan Mufti Pulau Pinang, memahami urusan zakat adalah urusan orang Islam.

Memang tiada dalil jelas larangan perilaku ini. Namun pengagihan zakat merupakan satu kerja ibadah khusus yang disebut berpuluh kali dalam al-Quran. Ia bukan kebaikan universal.

Justeru kita curiga mengapa Mufti Pulau Pinang terpaksa tampil memfatwakan harus untuk bukan Islam menyampaikan bantuan zakat bagi pihak Baitulmal.

Apakah semua orang Islam sudah bodoh dan kudung tangan sehingga terpaksa menggunakan bukan Islam untuk melaksanakan perintah Allah?

Sudah tentu tulisan seperti ini dianggap perkauman, anti bukan Islam dan jumud. Ini tidak benar sama sekali. Mengagihkan zakat adalah arahan al-Quran bukannya soal hubungan antara kaum dan agama.

Orang bukan Islam harus faham bahawa ini bukan tulisan yang membenci bukan Islam, kepuakan atau assobiyah membuta tuli.

Saya percaya sebahagian besar orang bukan Islam yang waras dan rasional juga akan mendapati lucu dan janggal melihat orang Islam menggunakan orang bukan Islam untuk melaksanakan perintah agama Islam.
…………..
Sementara itu, seorang penasihat syariah, saudara Aznan Hasan yang mengulas tentang isu yang sama, menulis di facebook miliknya

Sepanjang saya menjadi penasihat syariah bank2 (sama ada sebagai chairman atau ahli biasa), pengalaman saya ialah, kita amat berjaga dengan agihan zakat.

Kita akan pastikan bahawa agihan zakat ini jauh daripada capaian ahli politik.

Bahkan, pernah kita menolak proposal agihan zakat daripada seorang menteri untuk beliau agihkan kepada kawasan beliau. Menteri tersebut call saya secara peribadi, dan bertanya kenapa tak benarkan.

Saya memberitahu beliau kenapa kita tak nak agihan zakat ini diberikan oleh ahli politik, walaupun beliau adalah menteri dan agihan tersebut adalah utk kawasan beliau.

Beliau berhujah bahawa mereka yg pegawainya beri nama tersebut adalah asnaf yg sepatutnya menerima sumbangan.

Saya kata tak ada masalah. Kami boleh buat assessment kami dan kami akan serahkan, tanpa perlu kehadiran beliau. (Beliau bertanya, bolehkah saya hadir? Jawapan saya: Sesiapa saja boleh hadir. Tak ada masalah. Tapi utk nak serah dan berucap, kita tak dapat beri.)

Kami tak mahu agihan zakat ini menjadi milage politik sesiapa sekalipun. Apa yg penting adalah zakat sampai kepada mereka, tak penting melalui sesiapa, termasuklah beliau.

Daripada nada suara beliau, saya tahu beliau tetap tak berpuas hati, namun beliau tahu, itu prinsip yg kami pegang.

Jika ini yang kita lakukan kepada MP dan ADUN Muslim, apatah lagi jika agihan zakat ini, menjadi milage kepada MP arau ADUN yg bukan Islam.

Ini adalah pengalaman saya. Penasihat Syariah lain, saya tak tahu.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Enam maut, lapan cedera van terbabas turun dari Genting Highlands – Bomba

Kemalangan tersebut berlaku pada 1:15 tengah hari semasa van yang dinaiki 14 orang itu sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162266

[VIDEO] Ada perkara tak ikut peraturan dalam perolehan vaksin, kata PM

“sebahagiannya tidak mengikuti peraturan dan ditandatangani oleh menteri tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara”. BACA selanjutnya di https://pakdin.my/162255

[VIDEO] Gempa 7.4 SR gegar Turkiye dan Syria

Wilayah Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakır, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Kilis terjejas teruk akibat gempa itu. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162244

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129