UtamaPOLITIKDua ketua wanita cabang...

Dua ketua wanita cabang PKR Melaka letak jawatan sertai UMNO - pakdin.my

Dua ketua wanita cabang PKR Melaka meletakkan jawatan, yang mendorong spekulasi berlaku pergolakan dalam PKR di negeri itu.

Berdasarkan satu mesej yang tular di media sosial menyatakan kedua-dua mereka ialah Ketua Wanita PKR cabang Tangga Batu, Rohanie Mahmud dan Lilla Madon yang merupakan Ketua Wanita PKR cabang Kota Melaka.

Dalam satu hantaran di Facebook, Rohani mengesahkan beliau meletak jawatan sebagai ketua wanita PKR cabang dan menyertai Umno.

“Kita berjuang biarlah ikhlas dari hati kerana apa kita lakukan segalanya dilihat dan dinilai oleh masyarakat. Jangan berpolitik pilih kasih. Jangan mencari orang bila perlu. Jangan berpolitik janji manis.

“Hargai orang bekerja menaikkan kamu, hargai orang melawan fitnah demi kemenangan kamu, kenanglah jasa baik orang. Dengan secara rasminya saya tidak bersama mereka buat selamanya,” kata Rohanie yang turut memuatkan beberapa keping gambar beliau menyertai Umno.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Ketua PKR Cabang Tangga Batu, Qui Teck mengesahkan Rohanie meletak jawatan sebagai ketua wanita cabangnya.

Namun, katanya Rohanie telah meletakkan jawatan pada 26 Januari lalu dan tugasnya kini dipangku oleh timbalannya.

Menurut Qui Teck yang juga Adun Kelebang, isu perletakan jawatan Rohani telah dimaklumkan kepada Ketua Wanita PKR Negeri Melaka, Ginie Lim pada Februari 2019.

Sementara itu, Ketua Cabang Kota Melaka Ridduan Amin berkata ketua wanitanya meletak jawatan atas isu kesihatan.

“Beliau (Lilla) merupakan seorang cikgu. Dan saya diberitahu olehnya bahawa beliau ingin letak jawatan atas faktor kesihatan,” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak mengesahkan bilakah tarikh Lilla meletakkan jawatan sebagai ketua wanita cabang berkenaan.

Terdahulu, Setiausaha PKR Melaka, Zamri Yusof mengakui menerima mesej tersebut, namun mengesahkan tidak menerima sebarang surat rasmi daripada dua individu berkenaan.

“Saya sahkan terima mesej tersebut. Namun, masih tidak menerima sebarang surat rasmi. Jadi, saya tidak boleh mengulas lanjut,” kata beliau.

Menurut satu sumber parti daripada ibu pejabat PKR kedua-dua ketua wanita tersebut meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati dengan pimpinan negeri yang baru.

“Jadi, hari ini kita nampak ada orang mula keluar daripada parti kerana ‘suara’ mereka tidak diendahkan.

“Kedua-dua anggota parti ini menang dalam pemilihan PKR peringkat ketua wanita cabang. Jadi, kenapa mereka melepaskan jawatan? Inilah perlu dijawab sekarang” tambah sumber itu.

Berkaitan

Baca Juga

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat

Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi,...

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari...

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...