BERITAHarga cili merah lebih mahal daripada ikan, daging, ayam

Harga cili merah lebih mahal daripada ikan, daging, ayam

TAIPING – Amat mengejutkan apabila harga cili merah mencecah sehingga RM38 sekilogram, yakni lebih mahal daripada harga ikan, daging dan ayam.

Itu yang berlaku di beberapa kedai sekitar daerah Larut Matang dan Selama iaitu kebanyakannya menjual cili merah dengan harga melebihi RM30 sekilogram.

Antara kedai yang dikesan menjual cili merah dengan harga paling tinggi adalah di Trong dengan harga RM38 sekilogram.

Harga ersebut menimbulkan rasa tidak puas hati pengguna yang menyifatkannya sebagai tindakan memanipulasi harga barangan keperluan secara keterlaluan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri esok.

Malah, ada yang meluahkan perasaan tidak puas hati mereka dengan harga cili merah itu di dalam laman Facebook dan mendapat reaksi pelbagai daripada warga maya.

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Norazlina Abd. Aziz berkongsi mengenai kenaikan harga cili merah yang melampau itu.

“#aduanpelanggan. Penangan nak raya, kedai ******* Trong naikkan harga cabai merah sekilo RM 38!

“Nak tanya memang macam tu ke harganya? Rasanya paling mahal dalam 20 lebih sekilo.

“Mentang-mentang semua kedai habis pusing satu pekan Trong sampai Batu 9 tiada stok, ‘dia’ sesuka hati naikkan harga,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

Mengenai kami