Video ‘intim’ – saya tidak tahu apa pun, kata PM - pakdin.my

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak mengetahui mengenai penyebaran mengenai beberapa keping gambar dan video ‘intim’ yang didakwa mirip seorang menteri kabinetnya yang tersebar hari ini.

“Saya tidak tahu apa pun, saya baru dengar, saya kena bacalah dulu.

“Kalau you (awak) boleh bagi briefing(taklimat), baguslah juga,” katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai penyebaran gambar-gambar dan video berkenaan melalui satu kumpulan WhatsApp yang diberi nama ‘Jemputan Hari Raya’ awal pagi tadi.

Turut disebarkan adalah beberapa video menunjukkan individu berkenaan mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki dan cetakan skrin transaksi wang.

Umum sudah mengetabui perang dingin dalaman parti PKR berhubung jawatan Perdana Menteri selepas Mahathir dan penyebaran video mengaibkan tersebut dipercayai mempunyai kaitan.

UTAMAPOLITIKVideo 'intim' - saya tidak tahu apa pun, kata PM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium