Video intim Azmin: Biro Politik PKR serah kepada PDRM dan SPRM buat siasatan lanjut [Video] - pakdin.my

Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerahkan kepada PDRM dan SPRM untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap Timbalan Presiden parti, Azmin Ali.

Biro Politik PKR bersidang petang ini bagi membincangkan mengenai klip video lucah membabitkan Azmin Ali. (12 Jun 2019)

Azmin Ali tidak hadir dalam pertemuan tersebut tetapi Anwar Ibrahim menjelaskan beliau telah berbincang panjang lebar dengan Azmin melalui telefon dan sudah bertemu Perdana Menteri pada petang Rabu (11 Jun 2019).

Biro Politik PKR tidak mengambil sebarang ketetapan kerana tidak mahu bercanggah dari segi perundangan dan perbincangan lanjut akan diadakan dalam masa terdekat.

Ketua penerangan PKR, Shamsul Iskandar Md Akin yang juga timbalan menteri dimana Haziq Aziz bekerja sebagai setiausaha sulit kanan meninggalkan ibu pejabat parti sebaik sahaja selesai mesyuarat dan tidak bersama dalam sidang media Presiden parti, Anwar Ibrahim.

Sejak sehari dua lalu beredar rakaman klip video memaparkan dua lelaki sedang bercumbuan di atas katil dan ia dikaitkan dengan Azmin.

Awal pagi tadi setiausaha sulit kanan kepada ketua penerangan PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, tampil membuat pengakuan bahawa salah seorang lelaki yang dirakam imejnya itu adalah dirinya.

Haziq Abdullah Abdul Aziz mendakwa aksi intim itu dirakam tanpa kerelaannya di sebuah bilik hotel di Sandakan, Sabah.

Azmin petang ini bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menganggap ia sebahagian daripada cubaan pihak tertentu untuk memusnahkan kerjaya politik serta peribadinya.

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/oLXlFYtEFzE

https://pakdin.my/tag/video-intim

UTAMAPOLITIKVideo intim Azmin: Biro Politik PKR serah kepada PDRM dan SPRM buat...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium