UtamaNASIONALMencari keadilan untuk Adib

Mencari keadilan untuk Adib - pakdin.my

SUKAR benar untuk mencari keadilan dan kebenaran kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dalam kejadian rusuhan kuil Maha Mariamman, Seafield di USJ 25 pada malam 26 November 2018.
Pada asalnya polis telah pun mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes bunuh dan mempunyai beberapa orang suspek. Malangnya tiada perbicaraan jenayah dijalankan dan Peguam Negara, Tommy Thomas memutuskan untuk membuat prosiding inkues bagi menentukan sebab kematian Muhammad Adib.

Namun selepas 37 hari bersidang, Peguam Negara mengarahkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang merupakan majikan anggota bomba yang terkorban, menamatkan khidmat peguam pemerhati mereka, Syazlin Mansor.
Peguam Negara memberi empat alasan punca arahan tersebut iaitu tiada fiat (kelulusan bertulis Peguam Negara), peguam melakukan peranan aktif dan sering mengambil kedudukan bercanggah dengan pegawai pengendali, wujud konflik kepentingan kementerian dan kedudukan suami beliau sebagai Setiausaha Akhbar Menteri KPKT.

Penulis tidak berhasrat mengulas empat alasan itu kerana ia sudah pun dijawab dengan terang dan jelas oleh Syazlin dalam sidang medianya sebelum ini.

Persoalan yang menarik ialah mengapa semua isu itu hanya berbangkit selepas 37 hari inkues berjalan?

Pada tarikh pengurusan kes pada 18 Januari 2019, Syazlin telahpun memaklumkan kepada Mahkamah Koroner bahawa beliau mewakili keluarga, KPKT dan JBPM.Justeru alasan-alasan Peguam Negara ini menimbulkan kegusaran masyarakat bahawa wujud usaha untuk menutup keadilan dan kebenaran. Ini diyakinkan lagi apabila laporan-laporan media mengenai inkues yang memberi gambaran ada usaha untuk ‘memandu’ dapatan inkues ke arah kematian bukan sebab tindakan perusuh.

Peguam Syazlin Mansor dilapor beberapa kali mematah hujahan Pakar Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Ahmad Hafizam Hasmi. Ini termasuk membawa saksi Pakar Perunding Kanan Forensik Patologi United Kingdom, Profesor Dr Shahrom Abd Wahif untuk membantu inkues.

Kemuncak sebelum pemecatan Syazlin sebagai peguam KPKT apabila Dr Ahmad Hafizam melahirkan rasa kecewa kerana dimalukan oleh Syazlin dalam inkues tersebut dan mengakui beliau bukan pakar fizik yang boleh membuat kesimpulan tepat mengenai daya hentakan ke atas arwah Muhammad Adib.

Kepentingan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengulas pemecatan tersebut dilaporkan berkata, “peguam itu (Syazlin) mewakili dua pihak yang bertelingkah. Jadi setidak-tidaknya harus menarik diri dari menjadi peguam bagi pihak kerajaan.”

Tampaknya pendirian terbaharu kerajaan ialah keluarga Adib perlu urus sendiri proses memastikan kepentingan Adib dalam inkues terpelihara. Adib adalah anggota bomba di bawah KPKT yang terkorban ketika bertugas. Mudahnya kerajaan lepas tangan terhadap anggota keselamatan negara yang bertugas.

Adib sungguhpun anggota perkhidmatan kerajaan jelas tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada majikan beliau sehinggakan peguam yang menjalankan tugas secara pro bono (tanpa bayaran) pun ditamatkan khidmat.

Persoalan lebih penting mengapa Peguam Negara dan Perdana Menteri menggunakan alasan konflik kepentingan ini?

Inkues sepatutnya proses mencari kebenaran punca kematian. Semua pihak dalam inkues wajar membantu Hakim Mahkamah Sesyen yang bertindak sebagai Koroner untuk membuat keputusan yang tepat menentukan punca kematian.

Alasan pihak yang bertelingkah dalam inkues sangat mencurigakan. Pertelingkahan hanya boleh berlaku jika ada pihak sudah membuat pendirian atas isu yang dibincangkan. Apakah kerajaan dan Pejabat Peguam Negara telah membuat keputusan mengenai punca kematian Adib sebelum diadakan inkues?

Ketika dilihat tiada lagi harapan keadilan untuk Adib, Ahmad Soffian Mohd Shariff, suami kepada Syazlin Mansor, mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri KPKT.

Beliau dilaporkan meletak jawatan bagi membolehkan isteri beliau meneruskan khidmat kepada keluarga Adib dalam inkues tersebut. Sehari kemudian Syazlin mengumumkan keputusannya meneruskan khidmat sebagai peguam keluarga Adib.

Sudah tentu kita tidak menemui kejanggalan sebegini dalam proses mencari keadilan kes kematian Teoh Beng Hock dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan suspek jenayah polis seperti mendiang K Kugan.

Kerajaan boleh menafikan bahawa ada usaha menghalang pencarian kebenaran dalam kematian Adib, namun tingkah laku beberapa menteri dan Peguam Negara memberi isyarat yang sebaliknya kepada rakyat, terutamanya penjawat awam.

Marilah kita berdoa supaya inkues kematian Muhammad Adib menemui keadilan dan kebenaran.

Oleh Ab Jalil Backer

Rujukan:
https://pakdin.my/tag/muhammad-adib


 

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...