Pencemaran toksik: Guru, pelajar sekitar Pasir Gudang sesak nafas, muntah

PASIR GUDANG — Baru beberapa jam sesi persekolahan di kawasan Pasir Gudang bermula setelah semua sekolah di situ diarahkan tutup Selasa lepas, gangguan kesihatan berupa sesak nafas dan muntah-muntah kembali menghantui beberapa sekolah di kawasan sama.

Wartawan Bernama yang ditugaskan untuk membuat liputan sekolah dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Kopok pada kira-kira 8.30 pagi tadi, menyaksikan sendiri insiden itu yang mana beberapa pelajar dan guru pengsan, di depan mata.

Selain sekolah itu, difahamkan turut terjejas ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort, SMK Seri Alam Dua, SK Taman Pasir Putih, SK Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Plentong, SMK Taman Nusa Damai dan SK Taman Cendana.

Sekurang-kurangnya tiga ambulans daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Hospital Sultan Ismail dikejarkan ke sekolah berkenaan dipercayai untuk membawa keluar pelajar yang terjejas.

Ibu bapa pelajar juga turut kelihatan membawa anak mereka pulang ke rumah masing-masing.

Sehingga kini, tiada pengesahan berapa jumlah pelajar yang terlibat.

Beberapa mangsa pula kini, dipercayai sudah dibawa ke Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan klinik kesihatan terdekat untuk diberi rawatan awal.

Stadium itu sebelum ini dijadikan oleh pihak berkuat kuasa sebagai Bilik Operasi Gerakan Pemantauan kes terbabit.

Sementara itu, usaha untuk menemu bual kakitangan dan guru terlibat tidak berjaya kerana mereka dilarang untuk memberi sebarang kenyataan. — Bernama

https://pakdin.my/tag/toksik

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

[VIDEO] Peluru berpandu Iran sebabkan korban jiwa di Israel

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Berkaitan

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini

AM

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

POLITIK

Surat Suai Kenal Jadi Teori Konspirasi: English Lemah atau Sengaja Buta Huruf?

POLITIK

Kes Renovasi Rumah Peribadi Bekas COO Tabung Haji: Isu Kecil Yang Dijadikan Kes Seksyen 165?

POLITIK

[VIDEO] UMNO dan Isyarat Pilihan Raya Awal: Antara Mandat Baharu dan Realiti Politik Semasa

EDITORIAL

[VIDEO] Tabung Haji Sebelum 2018: Kedudukan Sebenar, Dasar Dan Tanggung Jawab Institusi

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah