BERITAMangsa pertama meninggal dunia akibat pencemaran toksik Pasir Gudang

Mangsa pertama meninggal dunia akibat pencemaran toksik Pasir Gudang [Video]

MASALAH sesak nafas beberapa hari lalu akibat pencemaran udara di Pasir Gudang membawa kepada berkorbannya seorang ibu.

Mangsa, Marini Kasman, 38 tahun yang merupakan penduduk Cahaya Masai, Pasir Gudang meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Sultanah Ismail, dipercayai akibat kekurangan oksigen dalam darah.

Suami Marini, Abu Bakar Abd Rahman merayu kerajaan bertindak tegas dalam menangani isu pencemaran Pasir Gudang.

”Saya merayu..tolonglah..jangan ada lagi yang melayang nyawa…” – Abu Bakar

Ini merupakan antara satu tragedi yang menyayat hati selepas tragedi menimpa Allahyarham Mohamad Adib dalam rusuhan Kuil Seafield, USJ tahun lalu.

Berita kematian Marini turut dipaparkan melalui Laman Facebook Umno Bahagian Pasir Gudang dan UMNOJohorOfficial.

#SalamTakziah
#PrayForPasirGudang
#PrayForAdikIrfan

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Kenyataan Fahmi Fadzil sambut keterbukaan BN runding kerusi Melaka: Antara pragmatisme politik dan bayangan pengaruh DAP?

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami