UMNO, BN tolak pelawaan Mahathir kerana DAP [Video] - pakdin.my

UMNO dan Barisan Nasional menolak pelawaan Dr Mahathir Mohamad yang mahu enam parti politik Melayu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) disebabkan DAP.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya tidak dapat menerima pelawaan itu selagi mana mereka masih bersekongkol dengan DAP.

“UMNO dan BN tidak boleh menerima jika DAP terus menguasai kerajaan yang ada sekarang ini, apatah lagi DAP menterjemah agenda Malaysian Malaysia yang tidak dapat diterima (UMNO-BN)

“Ini adalah pendirian rasmi UMNO (dan) BN,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen petang ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas jemputan Mahathir yang juga Pengerusi PPBM yang mahu semua parti politik Melayu di bersatu demi penyatuan dan perpaduan ummah.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Badan Datoh itu berkata, biarpun UMNO dan BN sentiasa berfikiran terbuka dan berlapang dada untuk menerima realiti politik namun tawaran itu tidak dapat diterima.

“Kita tidak boleh (terima) tawaran terbuka itu kerana untuk menjaga perpaduan Islam dan Melayu ianya harus dilihat dalam konteks kemajmukan masyarakat di Malaysia,” katanya.

Pada Jumaat lalu dalam satu Majlis Rumah Terbuka Harii Raya Aidilfitri anjuran PPBM di Johor, Dr. Mahathir mempelawa enam parti politik Melayu di negara ini menyertai PPBM demi penyatuan Ummah Islam.

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/7fc4xbqWKpY

UTAMAPOLITIKUMNO, BN tolak pelawaan Mahathir kerana DAP

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium