Jangan biar PH tukar aturan masyarakat sewenang-wenangnya - pakdin.my

Setelah lebih setahun memerintah, Pakatan Harapan (PH) masih tidak berupaya menjelaskan pendiriannya berkaitan pelaksanaan cadangan pilihan raya tempatan, sekali gus menyerlahkan pemerintahan mereka yang tidak terarah.

Lantaran itu, Datuk Seri Mohamad Hasan berpendapat isu ini sangat penting dan jarang dibahaskan namun implikasi pelaksanaannya kepada rakyat Malaysia sangat besar.

Ia akan mengubah lanskap politik Malaysia dengan drastik sekali, katanya yang juga Timbalan Presiden UMNO.

“Pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan dijangka menyumbang kepada polarisasi kaum yang lebih kritikal.

“Kekhuatiran ini lahir daripada tanggapan bahawa di sesetengah bandar yang didominasi sesetengah kaum, ramai pengundi akan cenderung menyokong calon dari kalangan kaum mereka saja. Ini sangatlah tidak baik kepada kemajmukan Malaysia.

“Malaysia tidak boleh dijarakkan lagi melalui dominasi kaum mengikut bandar, wilayah dan tempat. Kita mesti mencari jalan mengimbangkannya dan model sedia ada adalah baik namun perlu diperbaiki,” katanya yang merujuk kenyataan Timbalan Menteri Perumahan dan Tempatan, Raja Kamarul Bahrin Shah bahawa kertas Kabinet berkenaan pelaksanaan pilihan raya tempatan akan dibentangkan akhir tahun ini.

Pilihan raya tempatan adalah salah satu janji PH dalam manifesto pada PRU ke-14.

Mohamad berkata, memperbaharui dan memodenkan fungsi pihak berkuasa tempatan (PBT) bukan semestinya melalui mengadakan pilihan raya tempatan sahaja, sebaliknya memerlukan paradigma baru dalam tata kelola, undang-undang, tadbir urus, penguatkuasaan dan teknologi termaju.

Menurutnya, proses pemilihan yang demokratik, walaupun baik, bukan jawapan kepada masalah PBT waktu ini kerana kita harus menjauhkan PBT menjadi satu lagi medan politik yang akhirnya gagal mengutamakan kepentingan sebenar rakyat.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak meneliti impak pilihan raya tempatan ini secara serius.

“Kita jangan membiarkan PH dengan sewenangnya menukar aturan bagaimana masyarakat kita harus diurus dengan alasan demokrasi semata-mata,” katanya.

UTAMAPOLITIKJangan biar PH tukar aturan masyarakat sewenang-wenangnya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium