Pencenkan ‘barua’ dalam UMNO: Ku Li - pakdin.my

BAGAN DATUK – UMNO digesa mengenakan tindakan disiplin kepada pemimpin dan ahli yang tidak lagi sehaluan dengan parti.

Gesaan itu dibangkitkan Pengerusi Jemaah UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk hari ini.

Menurutnya, disiplin dalam parti perlu diperkuatkan tambahan UMNO sudah bekerjasama dengan Pas.

“Orang yang tak boleh berkhidmat kepada parti pencenkan dia. Kita tak mahu ada duri dalam daging, barua dalam parti kita. Apatah lagi Pas sekarang bersama dengan kita.

“Kita kena tengok supaya kedudukan kita kukuh, kuat dan bersatu bersama-sama rakan komponen serta rakan baru kita Pas,” katanya ketika berucap di Dewan Perdana Kompleks UMNO Bagan Datuk, Sungai Sumun, di sini hari ini.

UTAMAPencenkan 'barua' dalam UMNO: Ku Li

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium