Fathul Bari sedia atur perjumpaan Dr. Zakir dengan Syed Saddiq - pakdin.my

UMNO Bahagian Kangar bersedia mengatur perjumpaan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan pendakwah bebas antarabangsa, Dr. Zakir Naik.

Timbalan Ketuanya, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, beliau menunggu jawapan dari menteri itu untuk bersoal jawab secara bersemuka antara kedua mereka.

Katanya, Syed Saddiq dianggap sebagai pemimpin muda yang mengamalkan sikap pilih kasih dalam hal berkaitan kaum.

“Ketika Menteri Sumber Manusia, M. Kulaseragan mendakwa “Melayu pendatang”, di mana Ketua Armada Parti Bersatu itu menghilangkan diri.

“Tetapi, apabila Dr. Zakir Naik bercakap sedikit mengenai masyarakat India, dia terus melenting dan mahu pendakwah bebas kontroversi itu dihalau pulang ke negara asalnya, India,” katanya menerusi ciapan Twitter beliau, hari ini.

Kulasegaran yang merupakan Naib Pengerusi DAP pernah mendakwa Melayu adalah golongan pendatang di negara ini, sementara penduduk asal adalah penganut agama Hindu.

Pada 27 Julai tahun lalu, beliau menyatakan, masyarakat Hindu telah mula menjejakkan kaki di negara ini sejak 2,500 tahun lalu.

Dakwanya, semua bukti mengenai kedatangan agama Hindu terdapat di Lembah Bujang, Kedah dan banyak kuil telah ditemukan di sana.

Namun, ketika orang Melayu bangkit menafikan kenyataan menteri berkenaan, Syed Saddiq pula mengambil sikap berdiam diri atau berpura-pura tidak tahu dengan sikap rasis pemimpin DAP itu.

Begitu juga, ketika taikun Gamuda, Koon Yew Yin menghina anggota tentera dengan menyifatkan pasukan keselamatan itu hanya makan dan tidur serta lebih baik bekerja di ladang Felda, tidak ada seorang pun pemimpin parti Bersatu termasuk Syed Saddiq menegur ahli perniagaan itu.

Bagaimanapun, jika berkaitan dengan individu Islam seperti Dr. Zakir Naik, sepantas kilat pemimpin Bersatu bersuara dan mahu pendakwa itu dihantar pulang ke India, katanya.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAFathul Bari sedia atur perjumpaan Dr. Zakir dengan Syed Saddiq

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium