Zakir Naik: Lima individu termasuk menteri dipanggil ke Bukit Aman - pakdin.my

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Sebanyak lima individu termasuk Menteri akan dipanggil untuk dirakamkan percakapan pada minggu depan ekoran laporan polis yang dibuat pendakwah Islam, Dr. Zakir Naik yang mendakwa difitnah mereka baru-baru ini.

Individu terbabit adalah Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran; bekas duta besar Malaysia, Datuk Dennis J Ignatius; Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy; Ahli Parlimen Klang Charles Santiago; dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M Satees.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, notis pemberitahuan untuk individu terbabit hadir ke Bukit Aman telah diserahkan sejak minggu lalu.

“Kita akan pastikan kesemua mereka hadir untuk direkod percakapan minggu depan.

“Ini bagi membolehkan kita melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Huzir berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar ke Unit Tindakan Khas (UTK) di Lapang Sasar Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras di sini hari ini.

Sebelum ini, pada 16 Ogos lalu, Zakir membuat laporan polis terhadap lima individu terbabit kerana didakwa memfitnahnya.

Pendakwah Islam itu berkata, fitnah berkenaan adalah berdasarkan kenyataan dalam ceramahnya di Kota Bharu pada 3 Ogos lalu.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Komuniti Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Zakir mendakwa, laporan itu dibuat bagi meminta polis menyiasat semua individu berkenaan mengikut Akta Hasutan 1948 atau
mana-mana akta berkaitan fitnah yang dibuat terhadapnya. – UTUSAN ONLINE

https://pakdin.my/tag/zakir-naik

UTAMABERITAZakir Naik: Lima individu termasuk menteri dipanggil ke Bukit Aman

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium