MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

[Video] Polis minta pemilik motosikal dilanggar Honda CRV tampil

KUALA TERENGGANU – Polis meminta pemilik motosikal di dalam video tular yang memaparkan sebuah motosikal dilanggar Honda CRV tampil untuk memberi keterangan.

Pemangku Ketua Polis Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, ia susulan kejadian kemalangan membabitkan beberapa kenderaan sekitar jam 7.20 malam di sebuah kedai makan di Jalan Kampung Kepong, di sini sebagaimana tular di media sosial sejak Ahad lalu.

“Pada 11 April lalu telah tular sebuah rakaman video di Facebook kejadian berlaku di sebuah kedai makan Sofia Corner di Jalan Kepong, di sini.

“Hasil siasatan mendapati sebuah kenderaan jenis Honda CRV telah melanggar Naza Citra dan beberapa kenderaan lain,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, susulan penularan video terbabit, pemilik Honda CRV telah membuat laporan polis mengatakan telah terlibat dalam kemalangan pada 9 April lalu.

“Seterusnya pada 10 April pula, pengadu sama telah membuat laporan bahawa cermin hadapan, cermin sisi dan cermin belakang kenderaannya telah dipecahkan serta dia telah diugut.

“Sehubungan itu, pihak polis meminta pemilik motosikal yang dilanggar di dalam video tular itu tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan meminta semua saksi kejadian tampil bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah/khianat) dan mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.

# Tag
Berkaitan

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

封面国旗设计失误 星洲日报致歉

3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

Popular
NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Terkini

父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

Sin Chew Daily mohon maaf

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas