MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Ubah mentaliti warga emas ‘jahil’ teknologi

Penjagaan kesihatan warga emas sering dipandang kecil. Pada awal gelombang pandemik COVID-19 tahun lalu, ada suara sumbang mencadangkan warga emas tidak diberikan keutamaan daripada menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

Ada pula mengatakan pandemik COVID-19 sebagai ‘boomer remover’ atau penyingkiran warga emas. Hakikatnya, ia dusta dan rekaan semata-mata.

Adakah warga emas warga negara kelas kedua? Adakah mereka tiada sumbangan kepada negara dalam pelbagai bidang hingga perlu disisih sedangkan mereka paling berisiko tinggi mendapat kesan sampingan teruk?

Di Eropah, pandemik ini mengakibatkan warga emas tidak diberi hak rawatan sepatutnya atas alasan keupayaan untuk hidup rendah (low survival rate). Saringan kecemasan ‘triage’ akan menolak warga emas terlebih dahulu untuk memberi laluan kepada pesakit lebih muda.

Diskriminasi umur hingga menyisihkan warga emas disebut sebagai ‘ageism.’ Tanda nyata ageism berleluasa dalam masyarakat ialah ketidakadilan dalam sistem kesihatan.

Keputusan rawatan perubatan ibu bapa banyak bergantung kepada keputusan anaknya berbanding warga emas itu sendiri. Masyarakat menganggap warga emas tidak mampu berfikiran rasional untuk membuat keputusan.

Aktiviti dalam talian perbankan dan jual beli pula norma baharu dalam masyarakat kini, namun tidak kepada warga emas. Peralihan sumber pengetahuan bercetak kepada digital banyak memainkan peranan dalam penyisihan warga emas daripada maklumat semasa.

Ini mengakibatkan warga emas dianggap seperti ‘jahil’ kepada perkembangan semasa. Mereka ketinggalan dalam banyak perkara, akhirnya terasing dan janggal dalam masyarakat.

Kebanyakan inti pati perbualan kita sudah tidak lagi difahami atau relevan oleh warga emas dan begitu juga sebaliknya. Lama-kelamaan ada jurang nyata antara masyarakat dengan warga emas.

Teori psikososial menjelaskan keadaan ini sebagai ‘disengagement’ yang warga emas secara sukarela mengasingkan diri daripada masyarakat. Sedih sekali apabila masyarakat menganggap keadaan ini sebagai normal, walhal ia tidak benar.

Warga emas mampu mengharungi arus pemodenan seperti golongan lain. Malah, kajian mendapati warga emas mempunyai tahap resilien tinggi berbanding belia semasa pandemik ini.

Jika dilihat kepada sejarah Malaysia, warga emas kini ialah golongan muda mengharungi perit getir kehidupan ketika Perang Dunia Kedua. Kehidupan ketika itu termasuk di Malaysia, jauh lebih buruk dan tenat berbanding apa kita alami sekarang.

Namun semangat kecekalan, toleransi dan kebijaksanaan mereka beradaptasi mampu memerdekakan negara ini serta membawa negara selangkah lebih maju.

Adalah salah menganggap warga emas tidak layak menerajui pemodenan sama seperti golongan lain. Satu kajian senaman virtual terhadap warga emas di ibu kota mendapat sambutan menggalakkan, seterusnya menjadi antara aktiviti wajib bagi mereka untuk berkumpul di laman maya.

Kajian ini membuktikan warga emas hanya memerlukan sedikit perhatian dan tunjuk ajar agar mampu menyertai arus pemodenan digital.

Oleh itu, masyarakat perlu berpandangan luas kepada warga emas. Mereka bukan golongan sentiasa mengharapkan bantuan, malah jauh sekali ingin menyusahkan kita.

Mereka ialah warganegara bertanggungjawab terhadap setiap tindakan dan mampu mengubah nasib sendiri.

Amirah Fatin Ibrahim
Kulliyyah Kejururawatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Kuantan

Berkaitan

‘Realiti jijik sumbang mahram, masih nak simpan bawah karpet’

Legenda Bandar Ayer Itam: Dua Batu Ini Mempunyai Jantina!

1 Daripada 6 kanak-kanak alami masalah kesihatan mental: Media sosial jadi faktor utama

Budak nakal main mercun bakar sofa mahal, tuan rumah larang kanak-kanak datang beraya

Terkini

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara di separuh akhir

亚亦君令补选 | 尤斯里亮相冷水河受瞩目 妻子亲生华裔家人出席支持

64 remaja lelaki dan perempuan berpesta dadah di sebuah resort

Anggota pasukan Sukarelawan Pertahanan mati ditembak di Bannang Sata, Yala

Google Gemini tawarkan promosi istimewa: Percubaan percuma untuk Gemini 2.5 Pro

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Putus tunang ujian sangat berat – Elfira

Ejen hartanah ditemui maut, beritahu ibu gagal bayar hutang RM500,000

Remaja perempun dijel sebulan sembunyi bayi 3.6kg dalam tandas