Saturday, December 21, 2024

Mengapa ahli parlimen PH minta menteri ketepikan prosedur data dan sains?

Saya berpandangan sesiapa yang bukan doktor, jauh dari pakar perubatan penyakit – eloklah akur kepada pakar. Tak semua perkara ahli politik perlu berebut mendahului pakar.

Dalam hal meluluskan penggunaan sesuatu ubat, eloklah juga akur kepada sistem kelulusan yang telah terbina dan ditambahbaik selama berpuluh tahun.

Adakah Ivermectin berkesan untuk merawat Covid? Semestinya saya tidak tahu. Hanya data dan pakar perubatan dalam bidang yang tahu mentafsir data wajar membuat rumusan dan pendirian.

Yang kita tahu,

1) Pakar perubatan ada pandangan berbeza tentang potensi Ivermectin setakat ini, tetapi majoriti besar setuju bahawa data belum mencukupi untuk suatu tahap keyakinan penggunaan tanpa kesan sampingan yang serius.

2) Apatah lagi, andai selamat untuk menggunakan untuk tujuan rawatan Covid sekalipun, belum ada kesepakatan saintifik tentang soalan asas penggunaan, misalnya:

– apa dos yang betul?

– bila waktu sesuai digunakan kepada pesakit? Sebagai pencegah? Sewaktu tahap 1? Tahap 2? Tahap 4?

– berapa lama rawatan?

Ini semua soalan asas yang penting untuk ada jawapan hakiki dan mutlak. Sekali lagi yang boleh menjawab soalan-soalan ini bukan ahli politik, tetapi pakar perubatan dalam bidang yang sepatutnya.

3) Di Malaysia, ujian klinikal sedang dilaksanakan oleh KKM dan akan berakhir bulan depan. Keputusan ujian tersebut akan dibentangkan bulan 9 nanti.

4) Ada beberapa negara telah mencuba penggunaan Ivermectin untuk Covid, tetapi jauh lebih banyak yang belum bersedia meluluskan. Yang sering dirujuk adalah India. Tetapi Kerajaan India juga baru-baru ini telah memberhentikan penggunaan Ivermectin untuk merawat Covid.

5) Kelulusan di Malaysia akan melalui prosedur NPRA di bawah KKM. NPRA tidak akan meluluskan produk tanpa perincian yang mendalam.

Dalam group WhatsApp, Facebook, mungkin terbaca teori ini dan itu. Itulah realiti media sosial hari ini.

Tetapi sesiapa pun yang menjadi Kerajaan, pentadbir sistem perubatan Malaysia tidak boleh buat keputusan mengikut teori dan andaian, ataupun populariti hasil desakan ahli politik.

Sebaliknya, mesti buat keputusan dan kelulusan mengikut prosedur, data dan sains. Ini bukan bab SOP PKP, pakej ekonomi dan lain-lain yang lebih terbuka untuk dipertikai. Ini soal ubat yang hendak diluluskan untuk digunakan keatas rakyat.

Saya kira ramai yang boleh terima rasional ini.

Tetapi dalam kalangan Ahli Parlimen Pakatan Harapan hari ini, nampak mereka menolak rasional asas ini. Sebaliknya dalam keghairahan menyerang Menteri Kesihatan dalam Dewan, mereka (Kota Raja, Shah Alam, Sg Buloh, Sg. Petani, Bayan Baru, Selayang, Batu) berperilaku tidak bertanggungjawab sewaktu ditonton rakyat dengan mendesak agar Ivermectin digunakan segera, dan agar Menteri “bypass” atau “overrule” prosedur dan NPRA.

Ada implikasi besar apabila Ahli Parlimen yang bukan doktor, bukan pakar, tetapi berpengaruh di mata rakyat, bertindak sebegini. Sehingga sanggup mendesak agar Menteri menggunakan “kuasa eksekutif” untuk mengetepikan prosedur yang dibina untuk memelihara keselamatan rakyat tak kira siapa yang jadi Menteri.

Dalam erti kata lain, menolak sistem dan prosedur kelulusan, menolak peranan penjawat awam dan pakar perubatan yang tidak terikat pun dengan mana-mana parti politik.

Diakui, bekas Menteri Kesihatan YB Dr Dzulkefly Ahmad tidak terikut rentak ini tadi. Diharapkan beliau boleh main peranan mendidik rakan-rakannya dalam PH untuk sama bertanggungjawab. Jikapun seronok menghentam di Parlimen, tak semua yang nampak bulat itu mesti ditendang.

SHAHRIL HAMDAN

Ketua Penerangan UMNO Malaysia

Berkaitan

DUNIA

Serangan Israel ke atas blok apartmen di Nuseirat Gaza membunuh 8...

TEKNOLOGI

Eropah membuka siasatan terhadap TikTok berhubung campur tangan pilihan raya berikutan...

SUKAN

Piala ASEAN: Malaysia tersingkir selepas seri tanpa jaringan dengan Singapura

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

NASIONAL

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar...

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…