MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

[Video] Berbagai jenis durian kini ditawarkan masyarakat orang asli Hulu Selangor

Bukan sebarang durian kampung.
Bagi kita yang kurang arif, durian dari kawasan hutan sering dipandang rendah mutunya sebagai durian kampung semata-mata.

Sebagai durian yang kurang ‘disanjung’, durian hutan tidaklah semasyhur buah durian daripada jenis-jenis seperti Musang King atau D24. Meskipun begitu, orang asli di Hulu Selangor, daerah di timur laut Selangor, tidak melihatnya begitu.

“Durian-durian dekat hutan, banyak orang tak kenal. Selalu panggil durian hutan, durian hutan sahaja, tapi tak kenal buah apa nama dia,

Ada juga durian bukit yang turut dikenali sebagai “durian komunis” kerana kebanyakannya tumbuh daripada pokok-pokok durian yang ditanam pada zaman pemberontakan komunis. Komunis akan makan durian daripada hutan yang dijaga oleh orang asli dan sewaktu mereka merentas hutan, mereka akan membuang bijinya apabila mereka telah habis makan, dan hasilnya banyak pokok durian tumbuh.

Dengan isinya yang berwarna kuning pekat, durian matahari dikatakan berperisa manis, berkrim, serta pahit sedikit, bersamaan dengan perisa durian IOI. Durian atuk atuk pula yang dinamakan sedemikian untuk mengiktiraf keturunan orang asli sejak berkurun lamanya, memiliki sensasi manis dan perisa krim yang pekat.

Terdapat durian daun yang besarnya tidak lebih setapak tangan manusia, dengan durinya yang agak lentur dan kurang mengancam apabila disentuh.
Isinya berwarna jingga dan perisanya pula dikatakan hampir sama dengan pisang dan cempedak, langsung tidak sama dengan durian-durian lain.

Ada juga durian batu yang tumbuh dari pokok-pokok yang membesar atas batu di kawasan perhutanan negeri Selangor, di mana terdapat masyarakat orang asli yang tinggal dan mencari makanan.

Permintaan yang menggalakkan setakat ini mungkin menunjukkan bahawa durian-durian hutan akan dapat menarik minat ramai penggemar ‘raja segala buah’, menerusi promosi dan pemasaran yang sewajar.

Berkaitan

Terkini

Kebakaran saluran gas: 25 terima rawatan awal setakat 10.35 pagi

[VIDEO] Saluran utama paip gas Petronas terbakar di Puchong – Bomba

布特拉高原煤气管爆炸 火舌窜百公尺高

丹斯里陈建顺因“个人原因” 辞任T7全球执行副主席

Tan Kean Soon meletak jawatan daripada T7 Global

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Warga Finland membuat laporan di rogol warga Israel

1 hilang, 3 selamat dalam musibah kepala air

Jacky, Jimmy-Pei Jing naib juara Cabaran Antarabangsa Vietnam 2025