MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Pengantin baharu’ ‘rentas daerah’ rakam detik bahagia di Putrajaya

Peralihan status Lembah Klang ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) membolehkan pasangan pengantin ‘merentas daerah’ dari Kuala Lumpur untuk merakamkan detik kegembiraan mereka dengan berlatarbelakangkan panorama Putrajaya.

Usai melafazkan akad nikah di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Kuala Lumpur, Mohd Fauzi Amin dan pasangannya June Asmerahawa Minhad menuju ke Dataran Putra di sini untuk merakamkan detik indah mereka antaranya dengan latar belakang ikonik Putrajaya iaitu Perdana Putra dan Masjid Putra.

Lengkap berbusana pengantin berwarna putih berserta memakai pelitup muka, Mohd Fauzi, 29, dan June Asmerahawa, 33, yang tiba di Dataran Putra pada pukul 6 petang menarik tumpuan pengunjung yang beriadah di lokasi tersebut dengan aksi romantis mereka ketika bergambar.

“Putrajaya memang terkenal dengan pemandangan cantik. Bila boleh merentas, kami buat keputusan untuk datang ambil gambar di tempat ini,” kata Mohd Fauzi yang menetap di Sentul kepada Bernama hari ini.

Beliau tidak menyangka kegembiraan berpeluang ke Putrajaya untuk merakamkan detik indah itu juga hadir pada hari bahagianya kerana sebelum ini aktiviti rentas daerah adalah tidak dibenarkan dan terdapat sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri.

“Bila dah beralih masuk Fasa 2 (PPN) ini memang mudahlah urusan perkahwinan kami kerana sudah tiada sekatan jalan raya, jimat masa perjalanan dan urusan lain,” katanya.

Pasangannya, June Asmerahawa berkata beliau sebelum ini hanya bercadang untuk merakam gambar perkahwinan mereka di sekitar ibu negara seperti KLCC dan Taman Tasik Titiwangsa.

“Bila rentas sempadan daerah dibuka kami terus datang ke Putrajaya kerana pemandangan di kawasan ini amat cantik,” katanya.

Beliau juga menzahirkan rasa syukur apabila urusan perkahwinannya yang tertangguh sejak enam bulan lepas atas pelbagai halangan akhirnya dapat disempurnakan.

“Majlis akad nikah pun berjalan lancar dengan ikut SOP (prosedur operasi standard). Pasangan yang berkahwin di JAWI perlu buat ujian saringan COVID-19 dan ia (SOP) ketat bagi memastikan tidak berlaku penularan COVID-19 di tempat itu,” katanya.

Pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penduduk Lembah Klang yang sudah melengkapkan vaksinasi COVID-19 boleh merentas sempadan daerah bermula hari ini berikutan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih ke Fasa Dua PPN.

Ismail Sabri berkata kelonggaran yang diberikan adalah sama seperti negeri-negeri yang telah memasuki Fasa Dua PPN termasuk kebenaran merentas daerah kepada individu yang lengkap menerima dua dos vaksin.

Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama dan oleh itu pergerakan antara negeri-negeri berkenaan dibenarkan serta tiada lagi sekatan jalan raya.

# Tag
Berkaitan

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

封面国旗设计失误 星洲日报致歉

3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

Popular
NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Terkini

父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

Sin Chew Daily mohon maaf

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas