BERITADua individu cedera ditimpa bumbung dapur runtuh

Dua individu cedera ditimpa bumbung dapur runtuh

KAJANG – Dua individu mengalami kecederaan akibat ditimpa bumbung dapur yang runtuh dalam kejadian ribut di Lorong Haji Rahmat, Taman Sri Tanjung, Semenyih dekat sini lewat petang tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihak bomba menerima panggilan kejadian pada pukul 7.14 petang.

“Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang serta Semenyih dikejarkan ke lokasi bagi kerja-kerja menyelamat.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati sebatang pokok besar telah tumbang dan menghempap bumbung bahagian dapur sebuah rumah.

“Bumbung berkenaan runtuh lalu menimpa dua penghuni menyebabkan mereka cedera pada bahagian kepala,” ujarnya sebentar tadi.

Menurutnya, kedua-dua mangsa dikejarkan ke hospital oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

“Bagaimanapun identiti kedua-duanya belum dapat dipastikan,” ujarnya. – K! ONLINE.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami