MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Sultan Ibrahim kurnia 710 khemah lipat untuk mangsa banjir daerah Kluang

KLUANG – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kluang hari ini menerima 710 khemah lipat daripada Yayasan Sultan Ibrahim sebagai persediaan untuk menghadapi bencana banjir di daerah ini.

Pengerusinya Jamaludin A Hamid berkata antara lokasi hotspot yang dikenal pasti sering berlaku kejadian banjir di daerah berkenaan apabila tiba musim hujan adalah di Mukim Kluang, Ulu Benut, Mchap dan Kahang.

Beliau yang juga Pegawai Daerah Kluang berkata pemberian khemah yang merupakan kurniaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar itu akan diagihkan kepada agensi kebajikan dan juga penghulu-penghulu mukim terbabit.

“Kurniaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor melalui Yayasan Sultan Ibrahim merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi membuat persiapan menghadapi bencana di Kluang.

“Menjunjung Setinggi-tinggi Kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor atas kurniaan itu,” katanya ketika ditemui di perkarangan Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini, hari ini.

Jamaludin berkata bagi penduduk yang tinggal di kawasan yang berisiko terutamanya yang tinggal berhampiran sungai, mereka diminta supaya berhati-hati dengan tidak melakukan aktiviti berisiko seperti memancing dan mandi manda semasa banjir.

Beliau juga meminta ibu bapa dan penjaga masing-masing supaya memantau pergerakan anak-anak masing-masing yang ketika ini sepatutnya menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Berkaitan

Makin ramai kena ‘scam’ catat RM655 juta kerugian

Khemah jual mercun terbakar, 1 parah, 3 cedera

JKR Hulu Selangor kesan 3 lokasi tanah runtuh

Kebakaran saluran gas: 25 terima rawatan awal setakat 10.35 pagi

Terkini

Gaji guru agama sekolah Islam di selatan Thailand naik tahun depan

Gas pipeline fire: Ahmad Zahid expresses appreciation to security teams

SARA dikreditkan hari ini, penerima sifatkan rezeki Syawal

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

[VIDEO] Saluran utama paip gas Petronas terbakar di Puchong – Bomba