Monday, December 23, 2024

[Video] UMNO tidak akan bekerjasama dengan PPBM, noktah! – Ahmad Zahid

MELAKA: Umno kekal dengan keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam mana-mana pilihan raya, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Umno itu berkata, perkara terbabit sudah diputuskan oleh perwakilan parti itu pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) tahun lalu.

“Tidak timbul isu Umno cepat atau lambat membuat keputusan (untuk bekerjasama), sebaliknya perkara itu sudah dimuktamadkan pada PAU lalu yang memutuskan bahawa Umno tidak akan bekerjasama dengan PPBM, noktah!” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera Umno Bahagian Hang Tuah Jaya, di Bukit Katil, di sini, malam ini.

Turut hadir Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Ketua Umno Bahagian Hang Tuah Jaya Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Ketika ditanya adakah Umno tidak akan bekerjasama dengan gabungan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kelak, Ahmad Zahid enggan mengulas lanjut, sebaliknya berkata, “saya tidak nampak ke arah itu.”

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini, yang dilaporkan berkata, gabungan parti itu tidak boleh menunggu lama untuk mendapatkan keputusan kerjasama politik daripada Umno untuk menghadapi PRN Melaka.

Sebaliknya, Muhyiddin berkata, PN yang menggabungkan PPBM, PAS dan Gerakan itu bersedia untuk bertanding bersendirian sekiranya Umno dan BN tidak memberi kata putus mengenai perkara itu.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Umno mempunyai potensi besar untuk memenangi PRN Melaka pada 20 November ini.

“Kita merasakan potensi itu (kemenangan) sangat besar berdasarkan kepada permasalahan pihak yang berada di sebelah sana (pembangkang) yang tentunya mempunyai isu tersendiri.

“Tetapi kemenangan kita bukannya (berpunca daripada) menunggang permasalahan orang lain, kita (perlu) bersandarkan kebolehan Umno untuk mentadbir semula kerajaan negeri,” katanya.

Berkaitan

POLITIK

UMNO belum terima permohonan bekas ahli – Ahmad Zahid

POLITIK

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

POLITIK

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

NASIONAL

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…