Monday, December 23, 2024

PKR gugur bekas sekutu Azmin sebagai calon PRN Melaka

PKR mengumumkan bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya Ginie Lim yang mewakilinya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) digugurkan daripada senarai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan pada 20 November depan.

Lim yang pernah menjadi sekutu bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali merupakan calon bagi kerusi itu sebanyak tiga kali bermula PRU12 namun hanya memenanginya pada PRU14 dalam pertandingan tiga penjuru.

Pada Jun 2020, PKR memberikan amaran kepada Lim kerana rapat dengan Azmin yang keluar parti itu dan terlibat dalam Langkah Sheraton sekali gus menumbangkan kerajaan PH di Putrajaya.

Selain Lim, Naib Presiden PKR Tian Chua, Pengarah Komunikasi Wanita PKR Pulau Pinang Carolyn Khe juga turut diberikan amaran yang sama.

Lim akan diganti dengan Law Bing Haw sebagai calon baru yang merupakan naib ketua Cabang PKR Kota Melaka.

Pada sidang media hari ini, Anwar turut mengumumkan calon bagi PRN Melaka yang turut memasukkan dua Adun yang menarik sokongan terhadap ketua menteri sehingga mencetuskan kejatuhan kerajaan negeri.

Mereka adalah bekas Adun Umno iaitu Idris Haron yang akan bertanding di Asahan manakala Nor Azman Hassan di Pantai Kundor.

PH akan bertanding di kesemua 28 kerusi dalam PRN Melaka kali ini.

Berkaitan

POLITIK

UMNO belum terima permohonan bekas ahli – Ahmad Zahid

POLITIK

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

POLITIK

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

NASIONAL

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…